Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG -Q11
ADA SSM TETAPI SYARIKAT TERSEBUT MASIH MENIPU
188/1000

Ini merujuk kepada pihak yang menawarkan dan kita yang akan menerima tawaran tersebut.

Terutama jika tawaran tersebut dari pihak kerajaan seperti geran atau pinjaman

Bantuan dan kemudahan dari kerajaan semuanya percuma sahaja.

Tiada bayaran yang di kenakan.

Tiada processing fees.

Ramai pihak orang tengah yang mengambil kesempatan

Senang sahaja indicatornya.

Permohonan pinjaman atau sebarang geran yang di tawarkan memang tiada wang pendahuluan yang di kenakan.

Jika awal-awal pun mengenakan bayaran maknanya ada yang tidak kena di situ.

Jauhi dan elakkan dan boleh buat aduan kepada pihak yang berkuasa.

:
Kak long.

Advertisements
Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q4

PERSONAL BRANDING-part 1
173/1000

Tajuk ini memang WIN.

Kak long suka nak menghuraikan panjang lebar lagi nanti tetapi untuk memenuhi janji kak long dengan Nana yang cantik dan sweet like a candy Nasriah Asma’ Abdul Rahman untuk menjawab soalan ini malam ini.

Jadi kak long jawab secara ringkas(jangan percaya kak long punya ringkas ni dalam 4ribu patah perkataan)

SOAL:
Kak long….ramai yg masih tak berapa jelas tentang Personal Branding…including me…huhu
———————————————
Jawapan Kak Long.

PERSONAL BRANDING

1)Nama pun personal.Maknanya diri kita.
Apa yang orang lain fikir dan cakap tentang diri kita.Bila orang sebut nama kita apa yang mereka akan bualkan.

2)Macamana kita tonjolkan diri kita pada umum.

Contoh bila kita sebut nama

1.P.Ramlee apa yang kita akan cakap dalam beberapa patah perkataan.

2.Bila kita sebut nama Siti Nurhaliza apa yang kita bayangkan.

3.Anuar Zain?

4.Allahyarham Dato’Dr Haron Din?

5.Jack Ma?

Sekadar beberapa contoh nama besar.

6.Irfan Khairi?

7.Nike?

8.Air Asia?

9.I phone?

10.Tabung Haji?

11.PNB?

Macam itulah bila orang lain nampak nama kita ,sebut nama kita tengok FB kita apa tanggapan mereka.

Bila mereka berbual bual dengan sahabat mereka apa perkara yang mereka akan perkatakan.

Perkara baik?

Perkara buruk?

Macam itulah POWER OF PERSONAL BRANDING ni.

Tengok nama pun orang dah SUKA atau MENYAMPAH.

Setakat ini dulu point kak long sebab sila hadamkan dulu sebab banyak sangat area yang akan di sentuh.

Bersambung.

Kak Long

Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG Q1
169/1000
MATLAMAT BUSINESS.

Soalan ni daripada jejaka kacak lantun lantun dari utara.

Dah la kacak baik pula tu.

Dia juga auditor volunteer syarikat Lina Othman Consultancy.

Soalan….

Apakah matlamat berbusiness

Adakah keuntungan semata mata

Atau kalau dah meninggal nanti boleh kita buat pahala dan menjadi sebutan pada orang lain

————
Jawapan kak long.

Bila kita berbusiness atau berniaga mesti kita

Niat kerana Allah Taala

Niat mengikut sunnah Rasullullah SAW

Niat untuk membantu ummah terutama umat islam

Niat untuk menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah.

Niat untuk bermualamat

Jika kita niat untuk untung semata mata maknanya keberkatan dalam berniaga tu sendiri dah tiada.
Pahala pun dah kosong

Kita bila berniaga always ada the right mindset.
Semua yang kita buat adalah untuk kebaikan orang lain dan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dan setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ini mesti kita mengharapkan berkekalan pahala dan kebaikan sehingga bila kita meninggal nanti orang masih mengingati kita sebagai seorang peniaga yang jujur dan amanah.

Tidak menipu dalam timbangan.

Tidak overclaimed dan mengada ngadakan testimoni palsu.

Tidak self claimed syarikat atau produk dia
No 1.

Tidak syok sendiri.

Kita kalau berniaga apa sahaja dalam muka bumi Allah ni hatta menjual sekecil kecil barang pun,end mind kita mesti mengharapkan dan meraihlah pahala yang Allah tawarkan.

Ok Mohd Faiz.Harap berpuas hati dengan jawapan kak long ni.
Terima kasih kerana sudi bertanya.

:

Kak Long

Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q2
170/1000

Soalan ini daripada sahabat baru fb Kak Long.
Suhaimi Abu Bakar
Asalamualaikum puan Kak Long…apa makna 167/1000 dan siapakahKak Long ini?

Di atas ini adalah soalan beliau.

Jawapan kak long.

1.Makna 167/1000.

Sempena tahun baru 2017 baru baru ini ini adalah merupakan azam kakLong untuk goal ber FB.
Mesti ada KPI.
Untuk menulis 1000 tips dalam masa setahun.
Jadi setiap posting kak long,akan ada nombor tersebut dan berubah ubah semakin meningkat.
Contoh 167 tu adalah posting kak long yang ke 167.

2.Siapa Kak Long.

Pengalaman
———————
Kak Long terlibat dalam bidang sales semenjak tahun 1998 dalam pelbagai industri,
Kak Long mula aktif menulis tips tips dan perkongsian di FB akhir October 2016.
Kak Long fokuskan untuk topik SALES.
Teknik-teknik untuk close sales dengan cepat,banyak dan laju.
Ini kemahiran Kak Long.
Kak Long juga menyentuh …
topik motivasi
etika business offline dan online
dan lain lain topik yang di fikirkan sesuai.

Syarikat
—————
Kak long juga mempunyai syarikat yang terlibat dalam
sales consulting
sales training
sales coaching

Target market
———————–
Syarikat syarikat sme atau korporat dan juga individu yang memerlukan nasihat kak long untuk meningkatkan lagi sales mereka.

Semua industri InsyaAllah boleh.

Tiada yang menarik berkenaan kak long.
Setakat itu sahaja.

P.S
Terima kasih tuan sudi bersahabat dengan kak long.

Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q3

172/1000

SOAL:

Please highlight bout istiharah kak long. Kdg2 manusia fikir apa yang terbit dari minda dan hati itu adalah cukup untuk jadi penanda aras yang terbaik buat mereka. Padahal mereka lupa pada aturan Allah.

Kasi isi molek2 sikit kak long. Yang makan dalam dan tinggal kesan lama 😃😃😃😃😃

👆👆👆 copy paste.. jangan kecam saya 😃😃😃😃😃😃

————————————

Soalan ini dari Nonnie Mn yang cantik gebu dan manja.
Bila goreng ikan keli InsyaAllah tak meletop.Boleh tengok fb beliau.
——————————

Jawapan Kak Long

Istikharah ini biasa kita buat bila kita dalam
di lema antara dua pilihan.

A atau B.

Niat kita solat istikharah ini adalah untuk meminta petunjuk dan bimbingan dari Allah

Kita meminta bimbingan Allah dan petunjuk dari Allah dari mula kita hendak membuat pilihan sehinggalah kita yakin itu adalah keputusan dari Allah untuk kita.

Untuk kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Bila kita hendak membuat sesuatu keputusan memang ” tidak cukup ” hanya berdasarkan dari pemikiran dan kata hati.

Dan penting di ingat petunjuk bukan hanya melalui mimpi.

Ada lagi beberapa faktor yang harus kita ambil berat.Antaranya

menyenaraikan kebaikan dan keburukan pilihan di atas kertas.

bermesyuarat dengan ahli keluarga

bermesyuarat dengan pihak yang pakar

Setelah kita buat solat istikharah dan melakukan lagi langkah langkah yang lain kita harus YAKIN dengan sesungguhnya bahawa apa sahaja

situasi

perkara

manusia

berita

keadaan

peristiwa

yang di tunjukkan dan datang dalam hidup kita adalah petunjuk dari Allah.

Contoh

Kita minta Allah tunjukkan kita untuk tunjukkan industri apa yang paling best untuk kita samaada A atau B.

Selepas semua steps di atas tu kita buat kita harus peka apakah petunjuk petunjuk yang kita dapat dan selalu terlintas di mata,telinga,hati, perasaan dan bila kita memikirkannya hati kita akan lebih tenang.

Bila kita menonton berita apa yang kita dengar

Bila kita membaca newspaper berita apa yang kita nampak

Bila kita baca fb kisah apa yang mata kita selalu ternampak

Bila kita memikirkan pilihan kita tu kita jadi lebih tenang dan gembira.

Contoh lagi.

Jika kita meminta nak buat sales figure meroket , kita dalam di lemma samaada kita nak usaha lagi sendiri atau nak kan nasihat dari pihak luar.

Kita pun start browsing nak dapatkan lagi info.Lepas tu asyik ternampak posting kak long.Maknanya apa tu…😉😉😉

Allah akan menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk.Kita yang harus buka mata hati.
——————–

:
Kak Long

Setakat ini yang terdaya kak long nak menghuraikannya.Harap bermanfaat.