sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 18

SALES POWER NOTA 18

7.GLOBAL COMPETITIVENESS

Cuba kita tengok cara kita menjalankan business atau kerjaya sebagai agen.

Ada tak kita selalu UPGRADE diri kita untuk boleh sentiasa maju dan berdaya bersaing.

Atau kita masih selesa di takuk lama.

Cara dunia sekarang bekerja sekarang amat berlainan berbanding 10 tahun lepas.

Sekarang adalah dunia digital ekonomi.
Semuanya di hujung jari dan cepat,mudah dan pantas.

Contoh jika kita buka booth jualan sekarang adalah lebih mudah kita apply portable terminal machine debit/ credit card untuk memudahkan transaction.

Ramai sekarang bersiar-siar sangat kurang membawa tunai yang banyak.

Jika kita ada kemudahan ini dengan mudahnya duit bertukar tangan.

Jika masuk toll plaza sekarang banyak guna smart tag dan tough and go.Sebab tu dah ramai pekerja toll di berhentikan.Boleh syarikat lebuhraya menjimatkan kos.

Sebab itu kak long tak faham kenapa masih ramai yang gunakan lorong tunai, sanggup beratur panjang di toll tu.

Di dalam bidang financial pula sekarang adalah zaman FINTECH-financial technology.

Maknanya prospect boleh memilih untuk membeli pelaburan melalui online dengan service charge yang jauh lebih murah dan ada sesetengah platform yang menawarkan referral commission.

Masih ada juga segelintir yang akan memilih untuk berurusan dengan agen tetapi pointnya di sini adalah ,ini adalah dunia masa kini dan hadapan.

Untuk kita stay relevant adalah dengan mengikuti peralihan tenologi ini.

Kalau tak ikuti alamat kita macam rusa masuk Kg Toronto.😆

sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 17

SALES POWER NOTA 17

6.BUSINESS MINDSET 3

Sentiasa buat apa yang orang business buat.
Dalam petak business kita memang harus ikuti rentak business.

Jika tidak kita masih di petak SELF EMPLOYED
Tengok Petak ini…

1.Employee

2.Self Employed

3.Business Owner

4.Investor

Apa yang kita buat sekarang cuba kita lihat diri kita.
Kita berniaga tetapi ke semua ciri ciri business kita masih di petak self employed.

Semua kita buat sendiri.

Kita lah boss,kita pekerja,kita despatch dan kita juga kerani.

Tujuan kita berbusiness untuk menggandakan PRODUKTIVITI.

Dalam dunia ini semua orang ada masalah kekurangan TENAGA ,MASA, SUMBER DUIT,KEPAKARAN dan ada banyak lagi sumber limited di sekeliling kita.

Semua orang ada SATU DIRI dan mempunyai HANYA 24 jam sehari.

Peralihan kita ke petak business adalah untuk mendapatkan lebih tenaga kerja dan masa.

Hire more people contoh dalam bidang kewangan unit trust atau takaful kita ambil PA untuk uruskan semua dokumentation client.Kita boleh fokus untuk SALES sahaja.

Perlahan lahan kita tambahkan lagi bilangan staff kita.

Dan kita boleh ada AGENSI sendiri.
Beroperasi sama seperti business owner.

.
Kak Long

Barisan buku Robert T.Kiyosaki ada menerangkan business mindset ini dengan terperinci.

sales power nota kak long

SALES POWER NOTA -16

SALES POWER NOTA -16
6.BUSINESS MINDSET 2

Business plan bukan sekadar untuk kegunaan syarikat enterprise atau Sdn Bhd sahaja.

Yang terlibat sebagai agen yang mempunyai kebenaran untuk mempunyai perniagaan sendiri yang di berikan lesen oleh HQ juga amat di galakkan untuk mempunyai Business Plan tersendiri.

Antara yang di galakkan mempunyai business plan adalah agen agen unit amanah ,takaful dan yang terlibat dengan perniagaan networking atau direct selling.

Tujuan business plan ini di buat sebagai pandu arah atau roadmap ,hala tuju perkembangan business kita.

Antara point yang perlu ada dalam business plan adalah,

Isi kandungan
——————-

Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
Pengenalan
Tujuan
Latar belakang perniagaan
Latar belakang pemilik
Latar belakang pengurusan
Latar belakang projek
Rancangan Organisasi
Rancangan Pemasaran
Rancangan Pengeluaran atau Operasi
Rancangan Kewangan
Jadual Perlaksanaan Projek
Rumusan
Lampiran / Dokumen Sokongan

Bersambung…..

sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 15

SALES POWER NOTA 15

6.BUSINESS MINDSET 1

Bila kita dalam sales dan bidang jualan ,terutama bila kita sebagai agen sesuatu produk atau perkhidmatan antara kelebihan yang kita akan dapat adalah kita boleh membina EMPAYAR kita sendiri.

Maksudnya kita mempunyai lesen dan kebenaran untuk menggunakan kesemua kelebihan yang di miliki oleh syarikat yang kita wakili.

Kita boleh membuka AGENSI dan mempunyai TEAM kita sendiri.

Antara bidang sales yang kita boleh membina empayar sendiri ,business model yang di bolehkan adalah berkonsepkan NETWORKING.

Contoh bidang seperti

Unit Trust
Takaful
Direct selling—Shaklee,Mary Kay,Tone Excel etc.

Yang jadi agent bidang lain maaflah ye nanti founder produk korang akan kata “OVER MY DEAD BODY”.😜

.

sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 14

SALES POWER NOTA 14

5.SALES SKILL

Antara kesemua nota yang ada dalam SALES POWER ni bahagian salesskill ini adalah yang paling banyak sekali.

Skil ini memang sangat sesuai untuk semua bidang industri jualan.

Antaranya ialah skil-skil yang perlu kita kuasai adalah…

1.Approach & rapport skill —
sama ada online atau offline
-email skill
-telephone call skill
-face to face skill
-social media skill

2.Exchange business card skill

3.Setting Appointment skill

4.Presentation skill

5.Handling Objection skill

6.Provide Solution skill

7.Closing Skill

8.Body languange Eye Contact and Voice Tone Skill

9.Mirroring skill

10.Client service skill

11.Listening skill

Banyak kan skill skill ni nak di mahirkan.

Tak ada short cut nak mahir memang kena datang training.

Berlatih beratus ratus jam tanpa jemu dan rasa bosan.

.
Kak Long
#salespowernotakaklong