personal branding

PERSONAL BRANDING 1

RIZALMAN IBRAHIM  PERSONAL BRANDING

Setiap rekaan beliau sangat EKSKLUSIF.

Beliau menekankan yang rekaan beliau adalah SENI yang tak ternilai.

Seni rekaan beliau memang tak boleh kita nak letakkan harga.

Fashion designer yang hebat seperti beliau mempunyai SENI KREATIVITI yang tinggi.

SENI====PRICELESS

Maknanya kalau kita nak suruh beliau buat baju kita, bukannya masa tu juga boleh dapat harga.

Beliau akan tengok personaliti kita,gaya kita dan sesuaikan untuk majlis apa, baru beliau akan designkan untuk kita.

Nak design tu datang bukan sekelip mata tetapi tunggu IDEA beliau.

Dan yang paling best client beliau mesti buka akaun di butik beliau.
Ada RM yang tertentu dan akan di creditkan kepada beliau.

Bukan cash on delivery.

Canggih dan personalised!

:
Kak Long

Ini bukan yang READY TO WEAR dari Rizalman Ibrahim.Cerita di atas ini terkecuali dari RTW.

RTW memberi peluang kepada kita rakyat marhaein ni nak merasa sentuhan berlian beliau.

Advertisements
personal branding

PERSONAL BRANDING 2

PERSONAL BRANDING.

Kak Long nak cerita berkenaan celebriti fashion designer terkenal di tanah air iaitu RIZALMAN IBRAHIM.

Prinsip Falsafah Etika

5 tahun kebelakangan ini fashion industri kan macam di landa garuda.

Sebab adanya medium sosial seperti FB dan INSTA yang meletop letop.

Mak Jemah pun boleh buka online butik.

Boleh ada instant butik,ada pelbagai jenama dan aksessori dalam dua kerdipan mata.

Jenama tudung sampai dah tak terkira,jenama baju macam tu juga.

Dari orang marhaen sampai la golongan artis semua ada baju brand sendiri.

Dulu jenama boleh kita kira dengan jari tetapi sekarang tak cukup jari tangan kita kira, masuk pula jari kaki kita, tak cukup lagi pinjam jari tangan dan kaki kawan kawan kita,sampai jari jemari jiran kita pun terlibat sama.

Punyalah banyak.
Meletop letop Ibarat kalau kita nak memilih tu kena main baling dadu nak pilih brand mana satu.

Sekarang kak long tanya mana semua brand tu pergi,menyorok,tersorok atau tersontot.

Sebab inilah yang Rizalman highlightkan.

Antaranya beliau berkongsi kisah tujuan penubuhan brand tu bukan sebab CINTA tetapi sebab terikut ikut TREND.

Bila online dah banyak sangat permintaan,ramai yang tak sabar nak pula buka butik, sendiri ada butik di alam nyata.

Masa tu pergi pula sewa kedai,sampai buat RENOVATION vogue vogue, tapi tak kira costing pula.

Bila trend berubah kita dah panik sebab stok banyak lagi tak habis.

Trend cepat berubah terutama trend tudung inovasi ada tiruvasi pun ada.

Bila customer minta nasihat sikit dah tak tau nak jawab sebab semua baju tu ready made beli dari China dan tudung pun beli pukal.

Pengalaman tentang kain seperti

-jenis material
-kualiti kain
-ketahanan kain.

Semua maklumat tu kita tak ambil tahu.

Yang mana kain yang sejuk ,yang dingin,yang sesuai untuk cuaca di Malaysia ni pun banyak yang tak lepas nak bagi nasihat.

Yang kita tahu cuma NAK UNTUNG dan JANJI TERJUAL.

Yang KITA tahu nak glamour sekelip mata.

Kita pun join fashion show, yang semua model pakai baju ready made,reka sikit sikit, touch up sikit,jahit dah siap.

Semua ni INSTANT macam nescafe 3 in 1.

Bila orang tak nak gula lebih, atau susu lebih atau nescafe lebih, dah tak tahu nak ADJUST.

Perkara ini banyak orang terlepas pandang.
Semua nak mudah dan take things for granted.

Melepas batuk di tangga.
Sama macam tak buat homework.

Akibatnya semua dah hilang tenggelam dah pupus dalam industri.

Siapa yang masih bertahan dalam industri fashion tanah air pun boleh di kira dengan jari.

Yang bertahan adalah mereka yang betul betul buat Homework.

Yang mencintai kerjaya mereka hingga ke tulang sum sum dan titis darah terakhir.
Yang tau semua selok belok material,perkembangan industri dan banyak lagi kemahiran yang di miliki.

Begitulah perbezaan yang sangat ketara antara yang masih bertahan dan yang dah JIUN.

Tengok Rizalman pula semakin gah di persada tanah air dan di pelosok dunia.

Bila kita sebut Rizalman Ibrahim apa yang singgah di fikiran kita.

Itulah personal branding beliau.

Yang nyata semua yang indah indah sahaja.

:
Kak Long

personal branding

PERSONAL BRANDING 3

PERSONAL BRANDING VS MARKETING
321/1000

Sejak kak long menulis ni banyak betul neuron neuron kak long bersambung dek soalan masing-masing yang macam taraf PHD.

Terima kasih sebab bertanya CikPuan Shahliza Sukiman.Beliau seorang remiser.Ya Allah heaven dapat berkenalan dengan beliau.

Beliau nak tahu perbezaan personal branding dan marketing.

(Personal branding)

Personal branding ialah cara orang melihat kita,dunia melihat kita berdasarkan apa yang kita percaya,disiplin dan kebaikan yang kita tonjolkan.

IMEJ KITA VALUE KITA PRINSIP KITA.

Bila marketing pula cara kita marketkan diri kita,cara kita promotekan diri kita nak bagitau dunia apa yang kita ada.

Tak sama cara pendekatan ini.Jauh berbeza tapi ada kekeliruan di situ.

(Marketing diri.)

Kita boleh marketkan dan bercerita apa sahaja kepada dunia tentang kita ,tentang kehidupan kita,tentang produk kita dan sebagainya.

Kita boleh tonjolkan diri dan mencari publisiti di media sosial atau media cetak atau media elektronik.

Contoh mudah marketing yang di buat oleh Qu Puteh di Astro,Billboard dan banyak lagi kan.
Cara pengasas nak bagitau berkenaan produk dia,apa yang beliau promotekan dan lifestyle beliau.

Penceritaan yang beliau kongsikan dalam TV ,majalah dan sebagainya ini adalah marketing.

Tapi apa pula tanggapan kita kepada beliau ini adalah personal branding beliau.

Tanggapan kita kepada beliau ada bermacam macam rupa.

Bila kita tanya 10 orang berkenaan beliau mesti jawapan tu tak sama.

:
Kak Long

personal branding

PERSONAL BRANDING 4

SPEAKING ENGAGEMENT
320/1000

Dalam personal branding ada banyak komponen komponen.

Salah satu komponen adalah speaking engagement.

Nak di ulas nanti dalam 100pages.

Jadi kak long pendekkan untuk semua faham.

Mudah faham dan cepat faham.

Speaking engagement ni adalah image yang kita bentuk untuk orang lebih mengenali kita.

Kita bercakap di khalayak ramai berkenaan TOPIK yang kita mahir dan arif.

Kita mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.

Jadi kalau ada Q&A session taklah kita macam cicak tertelan kapur .

Bila ada pertanyaan selamba kita jawab.Semua dalam otak jadi mulut kita lancar dalam bersoal jawab.

Sebab semua itu adalah daripada pengalaman kita sendiri.Kita dah lalui.

Jadi untuk kita meningkatkan personal branding kita ini adalah salah satu cara kita boleh menonjolkan diri.

Kita yang mencari peluang untuk bercakap di event event yang lebih formal.

Atau boleh juga pihak lain yang buat tawaran kepada kita untuk berucap.

Jadi kalau nak bercakap pun terkemut kemut,yes sir no sir one two zom lebih baik la kita diam diam,kita cari cara lain nak menonjolkan diri kita.

Ini sebagai menjawab soalan Cikpuan Kuzie Kudin yang sekarang mungkin tengah bersarapan di kampung halaman.

:
Kak Long

personal branding

PERSONAL BRANDING 5

APA YANG BEST BILA DAH ADA BRAND

Bila produk kita dah ada BRANDING dan NAMA ini yang best.

Sebab orang dah boleh expect apa yang mereka boleh dapat dari sesuatu brand.

Mereka ada EXPECTATION sendiri,dah lekat dalam minda mereka.

Contoh McD di satu dunia pun rasa akan sama.

Di Bangkok,Egypt,Kanada ,London,Australia,German semua rasa sama.

Sebab itu bila kita pergi ke tempat yang kita tak biasa pergi,untuk mengelakkan kita termakan di tempat yang beri kita KENYANG tapi TAK beri kita SEDAP, kita akan nak beli juga di McD sebab kita dah boleh expect rasa burger,saiz burger,sedap burger tu macamana.Semua akan SAMA.

TRUST atau kepercayaan dah terbina antara kita dan BRAND Mc D tersebut.

Begitu juga kita ke Restauran yang di franchisekan contoh Papa Rich,Secret Recipe,KFC the list goes on.

This is what we call The Power Of Brand.

They already manage our expectation.

Jadi sekarang ni kita buat pula PERSONAL BRAND kita.

Yang paling dekat dengan kita adalah FB kita.
Orang dah boleh EXPECT apa yang kita sajikan dalam FB kita.

1)orang expect happy nak baca.

2)orang expect menyampah nak baca

3)orang expect nak remove kita bila baca

4)orang expect demam bila baca

5)orang expect dapat semangat bila baca

6)orang expect lemah semangat bila baca

7)orang expect nak unfriend kita bila baca

Yang mana satu KITA.

:
Kak Long