cerita pengajaran kak long

Extra Bijak

Emo betul kalau cakap pasal status agen ni.

Korang kalau jadi agen whatever produk tu silalah jadi EXTRA BIJAK.

Kalau produk tu baru kita di layan bagai raja permaisuri.
Terhegeh hegeh minta kita promotekan produk dia orang.

Lantik agen la ,stokist la, dropship la dan pemborong etc.

Lepas dah kaya sikit ,terus tamak dan lupa diri.

Siapa yang boleh ambil dengan kuantiti yang banyak  Hq akan bagi kebenaran.

Yang pemborong pun boleh jual ke pengguna mestilah harga lagi murah dari agent dan stokist kan.

Dah lama sikit ermmm memang kita yang berstatus agent ni kena campak dan kena pijak.

Buatlah agreement ke lantik lawyer ke selamatkan duit kita.

Pandai pandai lah nak bagi Hq tu bertanggung jawab.

Zaman nak kiamat ni semua gila kuasa gila duit.

Dah lupa halal haram dan suka buat penindasan.

cerita pengajaran kak long

DISTRIBUTION CHANNEL

DISTRIBUTION CHANNEL

Macam baru baru ini kak Long tanya ada 7 orang kawan Kak Long kenapa dah tak promote barang yang selalu kak long nampak kat Fb .

Jawapan mereka sebab HQ tiba-tiba lantik pemborong dan buat sale direct dari HQ dengan harga yang jauh lebih rendah.

Jadi mestilah orang ramai pilih tempat yang lebih murah kan .Jadi agen ni macamana nak cari makan.

Jadi kawan-kawan Kak long decide tak nak jadi agen dah.
Angkat kaki.

Dulu HQ janji lain lepas tu jadi lain.Macamana kita nak bendung perkara ini.

Memang tak boleh bendung sebab dah jadi trend.Sebab itu dari awal lagi kita kalau jadi agen kena pastikan kita ni exclusive agen.

Lesson learned!

cerita pengajaran kak long

DISTRIBUTION CHANNEL-Financial

DISTRIBUTION CHANNEL

Bidang perkhidmatan dan kewangan juga tak terlepas dari cabaran distribution channel ini.

Kita ni perasan ingat kita je agen mewakili produk tersebut rupa rupanya HQ kita ni segala orang,syarikat,platform semua di suruhnya promote produk tersebut,habis kata nama am dan khas terlibat di offer jadi tukang promote

Kalau service charge yang di kenakan semua sama tak apa juga.Boleh lah tutup mata tak sakit hati.

Tetapi kebanyakan platform lain tu jauh lebih murah daripada agen fees.

Yang sakit jiwa dengan staff pun HQ suruh promote dan kalau prospek jadi client lansung tak perlu bayar service charge.

Issshhhh rasa nak SMACKDOWN je management tu.

Tak ada integriti langsung.So that i……….

cerita pengajaran kak long

DISTRIBUTION CHANNEL

DISTRIBUTION CHANNEL

AWAS .

Distribution channel-cara pengagihan barangan dan perkhidmatan

Kalau kita nak memilih status sebagai agen ini adalah faktor yang kritikal sekali.

Bila mana kita perlu ketahui cara HQ atau pengeluar produk distribute kan produk mereka.

Ini sangat penting untuk periuk nasi kita.Kebanyakan Hq mereka tak kan declare cara mereka memilih distribution channel.

Ada Hq yang mula mula mendambakan agen tapi tak lama kelamaan mereka ini nak untung besar mereka akan melantik pemborong,stokist dan pelanggan akan dapat enjoy harga yang lebih murah.
Habis lah nasib agen.
Hq pun sibuk nak main harga juga.

Mula -mula kita sebagai agen ini tidak tahu taktik ini tapi lama kelamaan tembelang HQ akan pecah juga.

Yang lagi menyakitkan hati HQ pun sibuk nak buat SALE harga runtuh pulak.

Ini kebiasaan berlaku kepada syarikat yang menjual produk.

Sebab itulah kita dapati kawan-kawan kita kebanyakan bertukar-tukar syarikat yang di wakili.
Ini di luar kawalan kita.

Sebagai untuk mengurangkan risiko kita boleh lihat HQ atau pengeluar punya business plan.

Kebanyakan mereka memang takkan nak share dengan kita yang sebagai agen ni.

Kalau di tanya memang mereka akan kata hanya kita di lantik sebagai agen ..yelah tu.

Ingat kita ini budak budak ke nak di tipu tipu kan je.

Tu lah banyak syarikat bungkus tak bertahan lama.Padan muka …Jahat sangat.

cerita pengajaran kak long

Hidup jangan bermata lalat.

Maksudnya…

Bila kita nak attack kawan kawan kita yang mungkin kita nampak tak berapa nak syariah compliance dari segi perbuatan atau penulisan di dalam FB.

Kak Long cadangkan macam ni..

Sebelum jari kita ni rasa nak tulis perkataan yang akan buat kawan kita tu SENTAP luangkan masa kita scroll scroll 20 ke 30 posting dulu.Kita baca dan kita dapatkan gambaran keseluruhan dan baru kita buat kesimpulan.

Samaada kawan fb kira tu terlampau MAT SALLEH style atau ada juga kebaikannya menulis sesuatu POSTING walaupun tak semua setiap kali posting tu ISLAMIC.

Posting kawan kita tu mungkin 10 kali posting baru 8 posting gaya MAT SALLEH yang 2 posting lagi berunsur islamic.

Ini tidak…..kita pula sound kawan kita cara nak buat posting ikut selera kita.

Islamic ke kita kalau kita buat macam tu.

Gaya seorang leader adalah gaya seorang KING yang tidak cepat menghukum.

Leader juga mempunyai mata helang yang melihat keseluruhan dengan gambaran yang besar.

Semoga di jauhkan kita dari bermata lalat.Asyik nampak keburukan.Baru baca satu posting dah nak sound.Sound kawan kita tu pulak dalam komen.Kan tak manis.

Kalau kita beradab dan bertamadun tinggi kita boleh sound kawan kita tu dengan menekan button pm.
PM tu stands for private message bukan untuk PRIME MINISTER.Jangan risau kalau kita guna button tu bukan Dato Seri Najib yang dapat mesej tu.

Itu antara fungsi best sangat pasal pm button.

Boleh kan pm pm pm .

Kak Long.