cerita kak long

Cerita Kakak.

AHLI FIKIR

Me:Kakak ,kenapa tak rendam lagi baju-baju ni?

Kakak:Tulah Ma,kakak fikir nak rendam malam tadi ,lepas tu kakak fikir nantilah nak rendam pagi ni,lepas tu fikir balik tak jadi,fikir balik nanti nanti je lah,fikir punya fikir ermmm sampailah mama pun marah kakak dah ni.

Me:Yang banyak sangat gunakan verb “fikir”tu dah kenapa?

Kakak:Allah kan bagi pahala pada orang yang banyak fikir kan Ma…
Tu lah kakak banyak”fikir fikir ni”.
Sekarang pun Kakak tengah fikir nak fikir apa lagi.

Me: Ya Allah Ya Tuhan Ya Rabbi Ya Rasul.

Kakak!
Fikir-fikir yang dapat pahala tu kalau kita fikir kan kebesaran Allah.

Fikir macamana kita dapat bernafas,dapat tengok alam semesta,dapat berjalan dan kita fikir macamana bestnya Allah bagi semua tu.

Baru lah Allah rewardkan pahala.

Bukannya”fikir nak cari masa sesuai rendam baju”.Bertuah punya anak.😱😜.

Kakak:Hahaha.Kakak gurau je lah Ma.Gotcha!

Me:Gothca la sangat!Kan dah kena bebel!

cerita kak long

Cerita Abang-my first son

Cerita Abang-my first son

Kereta pertama Kak Long ialah Kancil dalam tahun 1998.
Sebelum tu ada kereta juga tapi gift from my Dad.Ambik je lah kan ayah nak bagi tapi stilll nak beli kereta dengan duit sendiri.

Excited bawak si kancil balik kampung ambil anak Kak Long my first son nak bawa dia jalan jalan kat pekan di kampung.

Sejak umur dia 5 bulan dulu dia tinggal dengan my parents dan Kak Long akan balik jenguk dia every weekend.

First ayat dia tanya Kak Long masa naik kereta tu……
“Mama ,Ayah kenapa beli kereta mainan?”

“Keciknya kereta ni”.

“Kenapa tak beli kereta besar besar macam kereta Atok?”

Perghhhh !!!!
Rasa macam nak telan dia masuk perut balik semula.Berani dia derhaka 😜

Macam tu lah kalau cucu ada Atok yang hanya berselera dengan kereta CONTI.

Aishhhh geram betul.!!!

cerita kak long

BULAT KECIL BULAT BESARBULAT SEMUA.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kak long tengah duduk menulis ni,meja depan, meja belakang,meja atas, meja bawah ,semua tengah lukis bulat kecil,bulat besar dan bulat semua.

Ya Allah Engkau lindungilah mereka ini dari SKIM KAYA MEROKET ke bulan dan balik ke bumi MELETOP kebabom landing dalam jail !

Dah la guna ayat tak syariah compliance seperti
“ini guarantee”
“confirm ni”
“kita No 1”
“Return setiap bulan pulak 20%”.-(nangis warren buffet kalau tau ni)

“HELLO Bank Negara!
Kak Long ni.Boleh cakap dengan Tuan Naruto yang rambut putih semua tu!”

Jangan approach kak Long.
Siap lah korang kena spin washing machine level maximum.

Sila jauhkan diri anda jika tidak mahu di tazkirah di hari minggu ni.

:
Kak Long

cerita kak long

Isu Kosmetik Beracun

Ada yang membawa kepada kematian.
Kulit dah rosak tu macamana nak settle tu.
Paling minimum setahun nak di pulihkan kalau boleh.Kalau tak,sila menyorok bawah selimut.

Ini isu satu dunia ni.
Mesyuarat tingkap memang tak boleh settle.

Kita sendiri je yang kena beringat.

Senang sangat indicator keselamatan bahan bahan ni yang repack tu yang melambak lambak brand yang ada dalam pasaran sekarang memang kita kena berhati hati.

Nak cantik mana ada guna barang yang murah murah.

Mesti kita kena buat investment.

Cuma sebagai ibu bapa pula kita bagitau ahli keluarga kita kalau ada sesiapa yang nak beli kosmetik atau ubat kurus , ubat gemuk memang bawa berbincang dulu.

PESAN PESAN PESAN dengan anak anak .Ini peringatan untuk kita juga.
Nak beli ubat nyamuk je tak payah bincang.

Apatah lagi anak anak kita muda remaja sekarang lagi mudah terpengaruh dalam fb,insta tengok kawan kawan cantik putih gebu mulus kurus lentik lentok, nanti mereka pun sibuk nak order.

Mereka tak tahu yang kawan kawan tu cantik sebab guna camera 360 bukan produk tu pun hihi.

Marilah kita saling berpesan pesan.

Sebelum membeli tu cuba kita check dulu bahan kandungan tu status dia bahaya atau tidak kan ,kita check di website KKM ada di senaraikan.

Kak Long

cerita kak long

Nak orang suka baca posting kita lagi dan lagi.

+Tulis ayat seperti dalam peperiksaan.

+Kita tunggu waktu rajin untuk menulis

+Bayangkan kita tulis

Aku=aq

Sehingga=shga

Kembali=kbli

Petang=ptg

Malam= mlm

+huruf yang kita tak tulis tu buat apa simpan

+huruf yang kita jimatkan tu nak buat apa jimat

Nak buat investment?Nak invest dalam unit trust?Atau nak simpan dalam ASB?

Tulis penuh penuh.

Macam kita sedang membaca buku motivasi atau personal development.

Boleh kan.

Kak Long