cerita kak long

KEBAKARAN 2

Sambungan KEBAKARAN.

Hanya cerita mengenai KEBAKARAN akan ada dua paradigm.

1.Melihat KEBAKARAN sebagai bencana tiada peluang

2.Melihat KEBAKARAN sebagai kehidupan baru peluang terbentang luas.

Paradigm Scarcity
================

Mereka hanya menunggu peluang di berikan oleh orang lain.

Individu ini membiarkan mereka menjadi mangsa keadaan.

Menyalahkan ekonomi, majikan dan negara juga pemimpin.

Play victim story.

Rasa teraniaya, di perlekehkan dan di pergunakan.

Mereka rasa tiada harapan untuk berjaya kerana tiada networking dan sumber.

Terlalu redha dan merasakan ini takdir mereka

Mereka hanya ingin mencari kerja untuk menyara kehidupan.

Mereka hanya mengikut job description yang di berikan majikan.

Paradigm Abundance
==================

Mereka bangun dan mencipta peluang sendiri.

Mereka tidak menyalahkan sesiapa kerana mereka faham bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka sendiri.

Mereka tahu bahawa peluang untuk berjaya adalah sama sahaja untuk setiap orang.

Mereka tahu hanya diri sendiri yang menentukan perjalanan takdir hidup mereka bukan bergantung kepada sesiapa.

Kejayaan mereka adalah di tentukan dengan minda dan tindakan sahaja tidak ada kena mengenai dengan perkara lain.

Mereka sentiasa kreatif dan sentiasa menyelesaikan masalah dengan pantas.

Mereka buat dan fokus kepada apa yang mereka boleh kawal sahaja.

Set me SEE FIRST for more sharing Kak Long Sales Master.

Share jika bermanfaat ok. Thank you.

KL😘

Advertisements
cerita kak long

KEBAKARAN 1

KEBAKARAN

Pada tahun 1988 Taman Negara YELLOWSTONE di US musnah dalam kebakaran.

Pada mulanya tiada siapa yang risau kebakaran yang terjadi kerana ia sering terpadam sendiri.

Tetapi kali ini berbeza.

Kemarau, angin yang bertiup kencang dan dedaun kering yang meliputi kawasan itu menjadikan kebakaran itu ribut api.

Lebih sejuta ekar hutan hangus terbakar.

Taman negara Yellowstone kelihatan musnah selama lamanya.

Tetapi hakikatnya tidak begitu.

Dalam hanya masa setahun pelbagai anak pokok baru tumbuh meliputi lanskap yang hangus itu.

Kebakaran itu telah merangsang pokok tua di Yellowstone bercambah.

Hari ini selepas beberapa dekat kemudian, hutan baru yang menghijau berdiri dengan megahnya.

Kebakaran itu rupanya bukan memusnahkan hutan tersebut sebaliknya memperbaharui.

Unik betul cara alam semula jadi memperbaharui diri mereka.

Kata Dr Bernice Seigel
“Apabila kita melihat bagaimana alam semula jadi menghadapi kesukaran dengan sentiasa memperbaharui diri sendiri, kita pasti berada kagum”

Ekonomi abad 21 sentiasa merungsingkan semua.
Nampaknya ramalan ekonomi sakit, ekonomi merudum, ekonomi inflasi teruk, tidak ada kesudahan langsung.

Ekonomi amat sukar di ramalkan.

Perubahan ke arah K Economy sentiasa memeningkan kepala semua.

Ramai yang tidak mampu menyesuaikan keadaan.

Ada yang hanya melihat kesukaran selepas kesukaran demi kesukaran yang tiada berpenghujung.

Ada yang melihat kesukaran seperti kebakaran hutan Yellowstone.

Ada yang nampak setiap hari berjuta juta hilang pekerjaan.

Ada yang nampak syarikat gah hilang.
Industri gah lenyap.
Pekerjaan lenyap.Beratus ribu hilang pekerjaan.

Ekonomi semakin hari semakin sukar dan kering kontang.

Tetapi individu lain yang mempunyai growth mindset melihat ekonomi dalam satu lagi perspektif berbeza.

Ekonomi yang rapuh yang tidak menentu membuka peluang yang tidak pernah di impikan dalam pelbagai industri baru.

Membuka peluang baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Orang lain melihat sebagai bencana tetapi mereka ini melihat peluang besar yang terbentang di depan mata.

Ia adalah bonus dan banyak perkara hebat akan berlaku.

Seperti hutan yang terbakar mengeluarkan benih anak pokok baru, pokok tua semakin bercambah.

Ekonomi dunia yang huru hara dan tidak menentu adalah di luar kawalan kita.

Tidak kira bagaimana ekonomi sekarang, sebenarnya tindak tanduk kita banyak bergantung kepada mentaliti atau paradigm kita.

Sama ada kita memiliki paradigm scarcity atau paradigm abundance.

Bersambung

KL
YOUR MASTER SALES PARTNER

Sila share jika bermanfaat ok.

cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 3

Zaman sekarang ini zaman digital ekonomi.

Maksud DIGITAL EKONOMI yang paling senang adalah menjual dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kita di sosial media.

Kita gunakam medium FB,Insta,Twitter,Blog,Pinterest dan pelbagai lagi lah.

Dengan menggunakan kaedah softselling.
Memberikan maklumat-maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan kita.

Cuba kita jadi EXPERT dalam perkara ini.

Kita jadi pakar dalam CUSTOMER ENGAGEMENT dahulu.

Maksudnya menyapa-nyapa beramah mesra dengan orang yang komen dan like tu.

Bila kita beramah mesra tu di ibaratkan orang masuk kedai kita dan kita menyapa mereka.

Setiap status kita jika ada orang yang komen kita cuba sedaya upaya untuk balas komen tersebut dan like.

Barulah prospek rasa di hargai.Jangan nak SS(syok sendiri)

Ada hari yang Kak Long komen di status orang lain yang cuba menjual ermmmm NAN HADO lah di balasnya.
Banyak kali pula tu dia tak komen.Habis tu up status tu buat apa.
Buat semak newsfeed orang lain ke.
Adehhh.

Ini contoh customer engangement ke laut.

Kalau perkara senang pun tak lepas lepas …
“What Do You Expect.”

People will Buy from the people they LIKE.

Kan…..

cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 2

Penting ! Self Declaration

Jika kita terlibat dalam perniagaan baru atau bertukar kerjaya daripada kerja pejabat kita terjun ke dunia business pula.

Langkah 1.

Kita buat self declaration jawatan dan business kita sekarang ini.

Rebranding social media kita.
Tukarkan semua perkara menjurus ke arah business kita.

Pilih business yang paling kita suka.

Di setiap penjuru tukarkan logo atau jawatan kita kepada kerjaya yang baru.

Jadi semua pun orang tahu yang kita berkecimpung dalam bidang apa.

Ini asyik upload gambar kemesraan husband and wife,muah muah ciked ,muah muah banyak.

Lepas tu nak suruh orang sign up beli kereta dengan dia.

Mana gambar kereta ???Ini contoh.

Apakah…

Orang lain pun ada wife and ada hubby juga tau.

Lagi lawo lawo macam JLO
(JLO macam ZZ kan )dan
hansome-handsome macam Brad Pitt.

Pergghhhh.Merecikssss habaq Hang !
Tak display pun.

Apakah…

Apakah…

Apakah…

cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 1

Ada yang bertanya macamana nak dapatkan prospek yang berkualiti terutama untuk unit trust dan takaful.

Jawapan Kak Long…

Semua orang di sekeliling kita adalah prospek yang bagus dan berkualiti.

Asalkan cara kita bertanya dan mempromosikan produk kita dengan penuh hemah dan integriti.

1)Mulakan dengan langkah yang betul dan cara yang betul.Sebarkan salam dan senyuman.

2)Lengkapkan skill kita dari mula approach sehinggalah close case.

3)Jika kita baru terjun dalam industri ini mulakan dengan langkah langkah kecil dahulu seperti bertukar-tukar business kad dan sekadar bertanya soalan yang ringan-ringan.Langkah ini akan membantu kita lebih yakin dengan diri sendiri.

4)Jika kita orang baru berterus terang dengan prospek ,mereka akan lebih terbuka dan menyukai cara kita.(kalau kita tersilap mereka mudah memaafkan)

5)Tetapi kalau nak prospek yang big-big fish kita yang kena memilih tempat di mana mereka berada dan berkumpul.

Contoh jerung suka berada di hotel-hotel tempat mereka join seminar,business meeting dan etc.

Takut Jerung NGAP kita.

Ini memerlukan SKILL yang PADU pula .Ini level lain pula.Jika kita orang baru nanti takut kita menangis tepi bucu katil.

Hadamkan yang ini dahulu ye NEWBIE.

Good luck!