cerita kewangan

FOREX 3

CERITA KEWANGAN

FOREX 3

Di samping ada pengalaman masa bekerja dengan sebuah bank di Kuala Lumpur indirectly berkenaan forex ,Kak Long juga mempunyai pengalaman mengikuti beberapa kali forex class,personal coaching forex class dan pelbagai seminar.

Insya Allah pengalaman itu berasaskan teori dan praktikal juga.

Buka account real money pun pernah bukan setakat demo account.

5minutes,10minutes,30minutes,1day ,1week ,1month,1 year etc pun faham.

Intra day,Day trader semua istilah tu Kak Long faham.

Pernah untung banyak pernah rugi lagi banyak.

Pagi petang siang malam Cik Siti Margin call pun Kak Long jawab dengan sopan santun 😆.

Entah lah Kak Long rasa Kak Long ni fast learner tapi bila dengan FOREX ni tercabut jantung Kak Long bila belajar and join the crowd.

Banyak tu yuran kepandaian yang Kak Long bayar.Sampai sekarang nangis.

But FYI Kak Long prefer buka account dengan FXDD dan ada fund manager yang uruskan.

Setiap penulisan Kak Long di FB semuanya akan berdasarkan pengalaman sebenar sahaja.
Sebab itu Kak Long berani nak mengulas panjang lebar.

Kbai.

Advertisements