Wanita Dan Kerjaya

Business dan konsep leveraging. Nota 2

Business dan konsep leveraging.
Nota 2

Untuk lebih faham konsep leveraging ni Kak Long cuba buat contoh-contoh dalam kehidupan kita ni.

Supaya selepas memahaminya kita akan rebut peluang untuk menggunakan konsep ini dalam hidup kita sebanyak yang mungkin.

Contoh 1
……………..

Contoh anak kita menangis nangis tak nak makan, puas kita pujuk dia.
Lepas kita tunjukan I Pad atau mainan kegemaran dia,barulah dia akan diam dan makan setelah dapat kegemaran dia.

Barulah anak kita akan senyap sebab dapat favourite item dia.

Jadi di sini kita menggunakan kuasa IPad atau mainan sebagai “kuasa leveranging.”

Contoh 2
………………

Contoh lagi apabila kita membeli rumah kita hanya membayar sebahagian sahaja deposit mungkin 10% atau kurang untuk rumah yang berharga RM 500,000.00.

Kita boleh menduduki rumah itu kerana kita telah menggunakan “kuasaleveraging“daripada pihak bank yang membayar harga keseluruhan rumah itu kepada pemaju.

“Kuasa leveraging“di sini adalah CAPITAL.

Contoh 3
—————

Jika kita ni mahir hanya dalam bidang SALES suka kerja kerja jumpa dengan orang baru, tetapi bahagian lain contoh bahagian ADMIN,FINANCE,BUSINESS DEVELOPMENT,HR kita tak mahir jadi kita akan employed orang lain.

Takkan kita nak mahirkan diri dengan semua perkara di atas kan.
Ia akan mengambil masa dan tenaga kita,kalau semua bidang kita nak mahirkan.

“Kuasa Leveraging” di sini adalah kepakaran orang lain.

Macam Warrent Buffet tu secara kasarnya beliau mempunyai 43 syarikat dan semakin berkembang dari hari ke hari.

Pekerja WB pula hampir 400,000 ribu orang.

Macamana beliau mengembangkan semua dengan cepat dan dalam masa yang terhad?

Ini kerana beliau menggunakan “kuasa leveraging” MODAL,MASA,TENAGA,KEPAKARAN pihak lain.

Beliau employ orang yang hebat hebat untuk bekerja dengan syarikat beliau.

Lagi lah laju syarikat tu berkembang.

.
Cukup tak contoh tu….kalau nak lagi contoh boleh roger tau…😆

Advertisements