cerita kak long

Cerita Kakak.

AHLI FIKIR

Me:Kakak ,kenapa tak rendam lagi baju-baju ni?

Kakak:Tulah Ma,kakak fikir nak rendam malam tadi ,lepas tu kakak fikir nantilah nak rendam pagi ni,lepas tu fikir balik tak jadi,fikir balik nanti nanti je lah,fikir punya fikir ermmm sampailah mama pun marah kakak dah ni.

Me:Yang banyak sangat gunakan verb “fikir”tu dah kenapa?

Kakak:Allah kan bagi pahala pada orang yang banyak fikir kan Ma…
Tu lah kakak banyak”fikir fikir ni”.
Sekarang pun Kakak tengah fikir nak fikir apa lagi.

Me: Ya Allah Ya Tuhan Ya Rabbi Ya Rasul.

Kakak!
Fikir-fikir yang dapat pahala tu kalau kita fikir kan kebesaran Allah.

Fikir macamana kita dapat bernafas,dapat tengok alam semesta,dapat berjalan dan kita fikir macamana bestnya Allah bagi semua tu.

Baru lah Allah rewardkan pahala.

Bukannya”fikir nak cari masa sesuai rendam baju”.Bertuah punya anak.šŸ˜±šŸ˜œ.

Kakak:Hahaha.Kakak gurau je lah Ma.Gotcha!

Me:Gothca la sangat!Kan dah kena bebel!

Advertisements