cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 3

Zaman sekarang ini zaman digital ekonomi.

Maksud DIGITAL EKONOMI yang paling senang adalah menjual dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kita di sosial media.

Kita gunakam medium FB,Insta,Twitter,Blog,Pinterest dan pelbagai lagi lah.

Dengan menggunakan kaedah softselling.
Memberikan maklumat-maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan kita.

Cuba kita jadi EXPERT dalam perkara ini.

Kita jadi pakar dalam CUSTOMER ENGAGEMENT dahulu.

Maksudnya menyapa-nyapa beramah mesra dengan orang yang komen dan like tu.

Bila kita beramah mesra tu di ibaratkan orang masuk kedai kita dan kita menyapa mereka.

Setiap status kita jika ada orang yang komen kita cuba sedaya upaya untuk balas komen tersebut dan like.

Barulah prospek rasa di hargai.Jangan nak SS(syok sendiri)

Ada hari yang Kak Long komen di status orang lain yang cuba menjual ermmmm NAN HADO lah di balasnya.
Banyak kali pula tu dia tak komen.Habis tu up status tu buat apa.
Buat semak newsfeed orang lain ke.
Adehhh.

Ini contoh customer engangement ke laut.

Kalau perkara senang pun tak lepas lepas …
“What Do You Expect.”

People will Buy from the people they LIKE.

Kan…..

cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 2

Penting ! Self Declaration

Jika kita terlibat dalam perniagaan baru atau bertukar kerjaya daripada kerja pejabat kita terjun ke dunia business pula.

Langkah 1.

Kita buat self declaration jawatan dan business kita sekarang ini.

Rebranding social media kita.
Tukarkan semua perkara menjurus ke arah business kita.

Pilih business yang paling kita suka.

Di setiap penjuru tukarkan logo atau jawatan kita kepada kerjaya yang baru.

Jadi semua pun orang tahu yang kita berkecimpung dalam bidang apa.

Ini asyik upload gambar kemesraan husband and wife,muah muah ciked ,muah muah banyak.

Lepas tu nak suruh orang sign up beli kereta dengan dia.

Mana gambar kereta ???Ini contoh.

Apakah…

Orang lain pun ada wife and ada hubby juga tau.

Lagi lawo lawo macam JLO
(JLO macam ZZ kan )dan
hansome-handsome macam Brad Pitt.

Pergghhhh.Merecikssss habaq Hang !
Tak display pun.

Apakah…

Apakah…

Apakah…

cerita bidang sales

TIPS NEWBIE 1

Ada yang bertanya macamana nak dapatkan prospek yang berkualiti terutama untuk unit trust dan takaful.

Jawapan Kak Long…

Semua orang di sekeliling kita adalah prospek yang bagus dan berkualiti.

Asalkan cara kita bertanya dan mempromosikan produk kita dengan penuh hemah dan integriti.

1)Mulakan dengan langkah yang betul dan cara yang betul.Sebarkan salam dan senyuman.

2)Lengkapkan skill kita dari mula approach sehinggalah close case.

3)Jika kita baru terjun dalam industri ini mulakan dengan langkah langkah kecil dahulu seperti bertukar-tukar business kad dan sekadar bertanya soalan yang ringan-ringan.Langkah ini akan membantu kita lebih yakin dengan diri sendiri.

4)Jika kita orang baru berterus terang dengan prospek ,mereka akan lebih terbuka dan menyukai cara kita.(kalau kita tersilap mereka mudah memaafkan)

5)Tetapi kalau nak prospek yang big-big fish kita yang kena memilih tempat di mana mereka berada dan berkumpul.

Contoh jerung suka berada di hotel-hotel tempat mereka join seminar,business meeting dan etc.

Takut Jerung NGAP kita.

Ini memerlukan SKILL yang PADU pula .Ini level lain pula.Jika kita orang baru nanti takut kita menangis tepi bucu katil.

Hadamkan yang ini dahulu ye NEWBIE.

Good luck!

cerita kewangan

Ada husband yang bagi statement best pasal takaful.

Statement yang sungguh menyayat hati.

“Ala i tak nak lah ambik takaful,nanti i mati wife i berjimba dengan duit tu dan kahwin lain.”

“Dalam hati…Ya Allah dah meninggal pun nak mendengki dengan WIFE.”

Gambar sekadar hiasan.Husband tu belum meninggal lagi.Dia baru bayangkan je dia dah meninggal dunia dan wife dia tengah bersanding di pelamin.

Apakah…

motivasi

Ini Kak Long share RESEPI KEJAYAAN dalam apa sahaja yang kita buat dalam hidup kita.

Ada banyak ramuan untuk menjadikan sesuatu itu SUCCESS.

.

Dreaming

Wishing

Hoping

Faith

Believe

Desire

Planning

Praying

Defeating

Frustating

Crying(tepi bucu katil)

Smiling

Trying

Effort

Sacrifice

Love

Love

Love

Doing

Doing

Doing

Doing

Doing

Doing

Time

Money

Best kan RESEPI tu.

Tak ada pula ingredient seperti

Blaming

Excuse

Complaining

.
Boleh lah cuba resepi tu yer.

Image may contain: text