cerita kewangan

FOREX 1

Cerita Kewangan.

FOREX

Kak Long terlibat indirectly dengan forex masa tahun 2006 in banking industri masa tu kerja dengan bank.
Taulah juga kisah di sebalik tabir FOREX bila kerja dengan bank.

Forex ni menggembirakan bagi institusi yang besar-besar tetapi menakutkan bagi kita yang kecil macam cili ni.

Ibarat laut tu institusi dalam forex,kapal kecil tu kita.Mudah betul kita tenggelam.

Jadi Kak Long akan buatkan pemahaman FOREX ni seringkas yang mungkin untuk semua orang faham dan faham dan faham.

———————

FOREX ini adalah singkatan Foreign Exchange atau pun pertukaran mata wang asing.

Ianya adalah platform yang di gunakan oleh seluruh dunia untuk memudahkan transaksi antara negara di lakukan.

Kebanyakan institusi yang di benarkan menggunakan FOREX semestinya adalah institusi kewangan yang di iktiraf.

Bank-bank yang besar-besar dan top top dalam sesebuah negara itu.Contoh di Malaysia cuma ada beberapa bank sahaja yang di benarkan.

ini adalah kerana FOREX adalah satu platform yang mempunyai kecairan yang amat tinggi dan risiko juga amat tinggi.

Hanya institusi yang HIGH SKILL sahaja di benarkan berurusan dengan FOREX.

Contoh kalau kita masukkan duit syarikat dalam bank berjumlah RM 10 juta lepas tu dua tiga hari lepas tu kita nak gunakan semula RM 10 juta tu, mesti kita boleh ambil semula kan.

Sebab duit tu kebanyakkan bank akan parking di FOREX juga.

————————–

Kenapa Bank-bank ini di bolehkan menjalankan FOREX?

Ini kerana FOREX adalah satu sistem perbankan yang boleh di jalankan untuk memastikan kelancaran transaksi dan di perakui oleh satu dunia.

Institusi kewangan juga mempunyai kaedah,sistem,cara dan perancangan yang teratur yang telah di persetujui terlebih dahulu.

Setiap transaksi mereka adalah berdasarkan asas dan strategi yang jelas dan tidak berubah-ubah dan bukan berdasarkan spekulasi atau khabar angin.

Mereka ada kaedah yang JITU DAN PADU.

FOREX juga adalah satu platform yang tidak boleh di manipulasi kerana semuanya adalah berdasarkan buy and sell antara negara-negara di dunia.

Ianya tidak boleh di kawal dan di manipulasi oleh sesiapa pun.

Walaupun nama orang tu GEORGE SOROS.

Ianya adalah PLATFORM yang natural.

——————————–

KENAPA INSTITUSI KEWANGAN DI BOLEHKAN FOREX MANAKALA KITA SEBAGAI INDIVIDU BOLEH JATUH HARAM FOREX ?

Jika kita sebagai individu ingin menceburi dalam bidang FOREX dan kebanyakkan boleh di dapati di online by all mean silakan.

TETAPI ianya di bolehkan jika kita mempunyai cara,strategi,halatuju,skill-skill sebagai seorang PAKAR dan ianya adalah reliable.

Maknanya kita terlibat dalam FOREX berdasarkan asas asas kewangan dan fundamental yang sangat kukuh.

Yang menjadikan FOREX tersebut adalah haram kita sebagai individu ini buka akaun FOREX lepas tu kita yang busy ni buat trade tu sendiri.

Lepas tu main baling baling dadu bila masa kita nak buy and sell.
Main tikam tikam.Main agak agak.

Tak ada strategi dan staregi tu kalau ada asyik bertukar-tukar tanpa ada satu fundamental pelaburan yang kukuh.

Sebab itu kalau yang tak ada sangat strategi ini baik pergi belajar slow and steady lepas tu baru trade atau jadi investor dalam forex.

Jadi INVESTOR dengan ilmu boleh.

Bila kita jadi SPECULATOR tu yang jatuh hukumnya HARAM.

——————————-

Amaran!

Ada juga syarikat swasta yang buat pelaburan forex dan menawarkan kita menjadi investor kerana mereka yang tradekan untuk kita.Kita menjadi investor tetapi mesti ada agreement etc.
Ada appointment letter.

Jika di Malaysia elakkan kita terlibat dengan individu yang ingin membuat trading untuk kita.

Semuanya tiada jaminan dan kita boleh hilang duit sekelip mata dengan kepakaran mereka yang tak berapa pakar tu.

Simpan je lah duit tu dalam unit trust lagi banyak return fund yang best.Tak cukup ke lagi kalau ada fund yang boleh beri konsisten return 15% and above jika kita annualised the return.

Ok sangatlah tu sebab ianya passive income.
Tau kan nak contact siapa untuk dapat return marvelous tu.

Dah habis cerita FOREX yang tak best ni….

.
Kak Long.

Advertisements