motivasi

Tips berkawan kawan dalam FB

Online business owner-3

Tips berkawan kawan dalam FB

Bila kita tengok ada friend request kebiasaan kita akan tengok dan browse posting mereka untuk mendapatkan idea siapa mereka dan apa yang mereka promote.

Contoh

Jika kita terlibat dalam business menjual produk kecantikan ,kebanyakkan kita tak akan add mereka ini.

Jika kita terlibat dalam bidang kewangan ,kita tak nak add mereka yang dalam bidang kewangan juga.

Sebab kita melihat mereka sebagai competitor atau pesaing kita.

Dalam dunia realiti sebenar usahawan yang berjaya semua pesaing mereka adalah kawan baik mereka,buddy buddy mereka.

Mereka hang out bersama,dinner bersama,vacation bersama,shopping bersama.
Mereka sangat akrab dan sangat profesional.

Contoh pengasas produk kecantikan di Malaysia ini kebanyakan mereka adalah best friend.

Tetapi mereka ada jenama produk mereka sendiri.

Memang macam tidak nampak keuntungan kan mereka buat demikian.

Tetapi mereka percaya bahawa sifat saling berkawan kawan dan menjalinkan siraturrahim akan menambah lagi rezeki mereka,Allah akan kurniakan lebih banyak lagi rezeki dari arah yang tidak di sangka sangka.

Mereka saling melengkapi.
Contoh pengikut mereka mencari barangan A di syarikat S
tetapi barangan A tidak ditawarkan maka syarikat S akan referkan kita pada syarikat T yang mengeluarkan produk tersebut.

Tidak ada istilah mengecilkan market,tidak ada istilah rugi.Ini sifat USAHAWAN 5 Bintang.

Jadi kita pun amalkan sikap berkawan kawan dengan semua orang.
Mesti ada hikmah mesti ada kebaikan.
Ini rahsia Allah.

This posting idea, the credit goes to cik puan Raha Ramli who inspire kak long to write about this.
Trillion Thanks.

Kak Long.

Advertisements