sales tips

Tips 2.Elevator SpeechTips 2.Elevator Speech

Tips 2.Elevator Speech

Contoh contoh ayat.

Jika kita ni buat unit trust atau takaful kebiasaan kalau orang tanya kita buat apa kita akan jawab kita takaful ejen,unit trust ejen atau kita kata financial planner.

Atau kita kata, kita ni berniaga makanan,berniaga vitamin,jual hartanah,buat tone group, dll.Macam tu jer intonasi dia.
Tak exciting and tak excited kan.

Feedback mereka kebiasaanya akan macam ni …”oooohhh ok good good” Pastu senyap.krik krik krik .
Kan dah melepas prospek sebab kita yang tak ada PUNCH LINE.

Jadi kita tukar ayat tu jadi POWER !!

Kalau kita buat TAKAFUL.Contoh ayat

+saya membantu tuan untuk dapatkan fund serta merta yang berjumlah sehingga 1juta jika tuan tak boleh lagi bekerja.

+saya bantu keluarga di Malaysia ni untuk dapatkan duit pampasan secepat mungkin dalam masa kurang dari 2 minggu jika pencari nafkah sudah tak boleh bekerja.

+saya bantu tuan adakan aset serta merta berjumlah satu juta ringgit jika tuan mencarum lebih kurang rm1000 ringgit sebulan.

Kalau kita buat unit trust.Contoh ayat

+Saya membantu tuan untuk mendapatkan pulangan yang sangat kompetitif dengan pengurusan dana dari pihak yang diiktiraf oleh Bank negara

+saya membantu tuan untuk mendapatkan dua jenis pulangan yang menarik .ianya pasif income .tuan boleh dapat dividen dan juga capital gain.

Kalau kita buat wasiat.Contoh ayat.

+Saya membantu keluarga untuk memudahkan pengurusan dan pembahagian harta dengan cepat,mudah dan selamat.

+saya membantu keluarga tuan mendapatkan harta dengan adil dan cepat tanpa di bekukan oleh pihak berwajib.

Kalau kita buat business telekomunikasi .

+saya tunjukkan kepada tuan cara tukarkan bayaran bill tuan menjadi pendapatan untuk tuan.

+saya tunjukkan bagaimana kita boleh pergi travel satu dunia dengan reward dari handphone tuan.

Kalau kita buat produk kecantikan pula.Contoh ayat.

+saya memastikan puan menggunakan bahan bahan yang selamat dan organik dan halal.

+saya memastikan kulit puan bebas dari bahan kimia dan hasil yang sangat memberangsangkan.

Kalau kita berniaga cafe,restaurant atau di kantin.

+kita memastikan tuan mendapat makanan yang halal,bersih, selamat dan sedap.

+kita memastikan tuan merasa masakan yang terbaik dan berkualiti seperti masakkan di rumah.

Kalau kita jual penapis air.Contoh ayat

+saya memastikan keluarga tuan mendapat bekalan air yang terjamin bersih dari kuman dan bakteria juga bahan-bahan tercemar yang tak nampak oleh mata kasar.

+saya memastikan keluarga tuan mendapat bekalan air yang berkualiti dan sihat.Jadi keluarga tuan sentiasa sihat dan gembira.Kesihatan tu kan sangat berharga.

ini sebahagian contoh yang kak long up kan yer.Ada banyak lagi industri yang kak long tak sentuh.

Kan best tu ayat ayat tu.
Barulah kita ni melambangkan kebanggaan apa yang kita buat.
Barulah mereka akan teruja dan nak tahu lebih lanjut lagi,dah boleh dapat appointment kan.
Dah boleh close banyak-banyak.

Kak Long.

Advertisements