sales tips

Syariah Compliance dalam berniaga.

Syariah Compliance dalam berniaga.

HARGA
————-
Bila kita tukang keluarkan produk -HQ
Bila kita founder.
Bila kita sebagai agent.

(HQ atau founder)
Bila buat promosi harga nak jual gila gila diskaun.

Sila beri keistimewaan ini kepada agent anda.

Tak kira la sebab apa nak di diskaunkan nak habiskan stok ke atau barang nak expired ke.

Jangan kita HQ sibuk bagi diskaun meleleh leleh lepas tu cakap hanya boleh di dapati di Hq sahaja.

Stokist atau agent dah beli banyak dengan anda kan.
Jika ada barang yang tak terjual tolak je pada mereka stokist atau agent.

Tugas HQ buat marketing,jaga stokist dan jaga agen ,bukan jual kepada end user harga tangkap leleh ni.

Habis tu agent anda tu tak ada perasaan ke?

————————————————————————–

(Bila kita pula sebagai seorang agen atau distributor.)

Kita ambil barang di HQ atau branch tu lepas tu rasa macam stok tak boleh gerak kita dah panik ,stress fikir asal boleh je.

Kita fikir dari rugi banyak lebih baik kita jual murah murah samaada offline atau online.

Sila sedekahkan sahaja pada kawan kawan ,jiran jiran atau saudara mara atau makan sendiri.

Jangan kita rosakkan market kawan kawan kita.

Kita jual di internet contoh macam ebay ke lazada ke atau jual offline harga mak datok bukan harga agen lagi dah ..campur diskaun baikkkkk punya.

Harga retail rm 286 sekotak di lazada pulak rm 5 je.Ini realiti ni tau bukan fiction.Bukan rekaan.

Ini banyak kes kak long nampak dengan mata sendiri.

————————————————————————-
Industri apa apa pun akan ada yang cuba manipulate harga.
Orang kata MAIN HARGA.

Biarlah diorang sahaja yang terlibat main harga ni tetapi kita mesti ada prinsip.

Hidup berprinsip makes us so SPECIAL and Allah sayang kita lagi dan lagi.

Kak Long.

This posting the credit goes to my dear friend since 1988 the only one my dua pupu,kupu kupu CtHaida Ikiedaz Isa.Dapat idea ni sebab dia yang comment semalam pasal harga.

She is also dalam forever living.Produk kesihatan aloevera tu..
Sesiapa yang nak tahu atau nak order boleh hubungi dia.
She is highly recommended by me because she produces 5Star attitude.

Kak Long

Advertisements