cerita kak long

BEHIND THE TRUE STORY

BEHIND THE TRUE STORY

Sekitar tahun 2000 semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja ada lori minyak terbakar betul betul di depan sebuah Petronas Highway Kesas.

Masa tu memang jem giler sepanjang highway dan kebetulan kereta kak long memang selang 20 biji nak sampai pada lori tu.

Mula mula merebak sikit jadi semua rilex je sebab mestilah lori tu ada fire extingusher kan and furthermore kan ada petrol pum yang besar gedabak kat situ mesti ada untuk prevent fire .

Tetapi memang tak boleh harap semua tu tak ada apa apa pun tindakan.Driver lori tu siap termenung depan lori tu.
Dia buat muka relax je orang semua dah terjerit jerit pada dia suruh dia buat sesuatu.Tapi ermmm yang hado

Jadi orang ramai kat situ dah terjerit-jerit minta tolong dan ada yang berani siap tolong siramkan dengan air yang ada dalam kereta.

Memang huru hara keadaan masa tu.Yang kereta lain pula ada yang sedang bukakan pengadang besi jalan tu guna screw dan alatan tool box masing masing termasuk lah hubby kak long,

Tangan dan jari masing masing luka dan berdarah teruk sebab siap kepak kan penghadang besi tu bersungguh sungguh yelah lori tu memang boleh meletop kan anytime

Sempat la u turn dan pegi ke arah bertentangan sambil sibuk sibuk keadaan tu memang betul lori tu dah meletop dah dan sambar beberapa biji kereta kat situ.

Punyalah terjerit jerit owner kereta tu menangis nangis sebab memang tak sempat nak jauhkan kereta dah sebab tak ada ruang.

Tunggu bomba memang tak muncul muncul pun,masa tu dah hampir 40 minit kejadian tu.

Semua kat situ muka panik, pucat lesi,badan menggigil tangan dan jari berdarah kereta pun kemek kemek berlanggar dengan each other ada yang tersangkut pada divider tu ishhh memang tragis sungguh.

Kak long langsung tak boleh bercakap dah punyalah menggigil satu badan bayangkan habis la kite orang ni rentung kena sambar api tu.
Jadi yang saling tolong menolong tu exspecially guys semua turun bersalam salaman dan ada yang menangis rasa syukur dan terharu lah kan sebab selamat.

Malam tu ada pulak news kat TV.

Dia punya report memang sempoi “sebuah lori yang terbakar di sebuah lebuhraya berjaya di padamkan dengan tindakan pantas ahli bomba yang berjaya memadamkan kebakaran 15 minit setelah menerima panggilan orang awam ”

Tu jer report tu.😡

SUCI KAN REPORT TU.AUMMMM SANGAT.

Amaran!
Ini kisah benar.
Best ke buat laporan yang menyimpang dari kisah benar tu.Etika ?

Siapa yang ada semasa kejadian tu boleh lah tag Kak Long kat status ni

Advertisements