cerita kak long

BE AN EXTRAORDINARY

EXTRA ORDINARY
BE AN EXTRAORDINARY

Salam semua

Pagi ni tanam azam lagi dan lagi nak buat semua suruhan Allah dan Rasullullah dengan ikhlas,cepat dan berkesan.

Contoh kalau setiap solat tu kita awalkan bersedia 15minit awal kita dah ready ada wuduk dan tunggu masuk waktu sambil mengaji.

Kita jadi extra ordinary.
Kalau kita baik macam ni rasa senang tak Allah nak makbulkan doa kita.

Begitu juga kalau kita ada appointment dengan prospek.
Kita dah ada tempat prospek 15minit awal.Macam macam boleh buat.
Sambil tunggu prospek sambil kita boleh exchange card dengan orang lain.

Macam macam magik boleh dapat.
Allah tengok usaha kita bersungguh sungguh kan,kebanyakan masa Allah akan permudahkan kita close mudah mudah je dengan prospek tu.

Ada juga banyak kemungkinan yang orang baru yang kita jumpa masa exchange kad tu pun boleh jadi prospek kita dan boleh terus buat presentation.

Dalam apa sahaja yang kita buat kita pilih jadi EXTRA ORDINARY.

Jadi YANG TERBAIK.Kita ikut sunnah Rasullullah s.a.w Nabi junjungan kita dalam menjaga hubungan dengan Allah, bersosial dan bermasyarakat.

Hari ni keluar rumah jom senyum dengan jiran dan bertegur sapa dengan mereka.Walaupun jiran tu tak pulangkan pinggan ikea kita tahun lepas masa bagi juadah berbuka puasa.(jiran siapa la ni)

Regards

Kak Long

Advertisements