cerita kak long

Isu Kosmetik Beracun

Ada yang membawa kepada kematian.
Kulit dah rosak tu macamana nak settle tu.
Paling minimum setahun nak di pulihkan kalau boleh.Kalau tak,sila menyorok bawah selimut.

Ini isu satu dunia ni.
Mesyuarat tingkap memang tak boleh settle.

Kita sendiri je yang kena beringat.

Senang sangat indicator keselamatan bahan bahan ni yang repack tu yang melambak lambak brand yang ada dalam pasaran sekarang memang kita kena berhati hati.

Nak cantik mana ada guna barang yang murah murah.

Mesti kita kena buat investment.

Cuma sebagai ibu bapa pula kita bagitau ahli keluarga kita kalau ada sesiapa yang nak beli kosmetik atau ubat kurus , ubat gemuk memang bawa berbincang dulu.

PESAN PESAN PESAN dengan anak anak .Ini peringatan untuk kita juga.
Nak beli ubat nyamuk je tak payah bincang.

Apatah lagi anak anak kita muda remaja sekarang lagi mudah terpengaruh dalam fb,insta tengok kawan kawan cantik putih gebu mulus kurus lentik lentok, nanti mereka pun sibuk nak order.

Mereka tak tahu yang kawan kawan tu cantik sebab guna camera 360 bukan produk tu pun hihi.

Marilah kita saling berpesan pesan.

Sebelum membeli tu cuba kita check dulu bahan kandungan tu status dia bahaya atau tidak kan ,kita check di website KKM ada di senaraikan.

Kak Long

Advertisements