marketing vs sales

MARKETING DAN SALES 12

FOOD TRUCK— MARKETING

Food truck ni kan memang best.

Sempoi je tapi lebih kurang sama dengan restauran atau cafe caramarketing yang perlu dibuat.

Antara marketing strategi yang kita boleh buat adalah seperti di bawah ini.

+Truck tu mekap cantik cantik sikit.Jangan biar pucat je.Make up kan brand mahal mahal sikit hihi.Biarlah colourful supaya dari jauh orang dah nampak.

Ibarat kalau dari angkasa lepas pun dah boleh nampak truck kita tu.

+Menu walaupun banyak tapi kita boleh highlightkan “signature dish” atau “chef recommendation”.
Lagi cepat orang decide nak makan apa.

+Buka akaun fb,instagram,twitter,blog dan gunakan nama yang sama dan rajin rajin la update dan kongsikan info.
Begitu juga testimoni SEDAP SEDAP.

Gambar pun mesti menggiurkan.Boleh lah suruh professional photographer yang ambil kan untuk masuk dalam web.

Kalau yang harian nak upload tu ambil la gambar tu berseni sikit.

+Kita boleh panggil orang yang ramai follower contoh food blogger,insta celebriti,fb celebriti untuk cuba makanan kita dan mereka ini akan bagi review dalam sosial media mereka.
Mesti follower dia orang akan dapat info tu.
Dah dapat free review.

+Kita boleh book event atau food festival lebih awal untuk reserve the spot ,boleh sertai mana mana keramaian.

+Boleh juga kita buat loyalti program macam starbuck buat atau San Franchisco buat.
Bagi stamp pada card.
Buy 10 free 1.

+Buat contest dalam sosial media-give away ke,diskaun ke,buy one free one ke.

+Sesekali oleh buat chariti sumbangan kepada mana mana badan kebajikan dan mesti mereka akan berbesar hati untuk bagi free promosi.
Win win.

Ini adalah antara cadangan yang kak long boleh fikirkan.

:
Kak Long

Suenamie Nazmi
Siti Hazar Mohd Yusop

Sebagai menghargai pertanyaan anda berdua.

Advertisements