sales tips

Kita Dapat Nombor Telephone Prospek Tapi

Tipu Tipu nombor tu.

Fake nombor.

Tak wujud nombor tu.

(Kaedah prospek malas nak layan kita lah ni)

—————————–

Dear Prospects,

Janganlah noti noti bagi nombor palsu pada orang yang bagi anda flyers dan suruh anda isi survey form tu.

Kesian pada orang yang buat promotion tu.

Bersemangat nak bagi anda nilai tambah tapi anda mempermainkan perasaan mereka.

Kan sikap tu tak bagus kan.Nanti Allah tanya boleh jawab ke.Sanggup ke nak masuk xxxxxx.

Jangan la cheating cheating ok.

No good No good.

“Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami ternanti nanti
Kalau Tuan tak nak beli dengan kami
Janganlah sampai menipu kami”

Kak Long

——————————————————

Ok tengok tu korang,
Kak Long dah marah dah pada prospek tu.
Biasa jugak kan TIPAH TERTIPU ni.Semangat la kita bagi survey form suruh diorang isi,tapi nombor hp atau email tu zaman penjajah british dulu diorang bagi.

Ok kita kena jadi lagi BIJAKSANA BIJAKSINI dari prospek tu.

Buat macam ni.

1)Masa kita buat promotion atau bagi flyers dan ada survey form guna A4paper kan,bahagian atas sekali tu

Nama

Hp No

Email

Soalan soalan 1——5 contoh

2)Masa prospek tengah jawab soalan survey tu prospek mesti dah letak phone no tu kan.

3)Kita cakap macamni.Tuan /Puan No handphone ni saya terus save dan buat miss call sekarang tau.

4)Kita tengok reaksi mereka macamana.Kita terus je call nombor tu depan mereka.

5)Jadi prospek mesti akan KESIPU-SIPUAN.

Gotcha.

Buat kerja Sales dan Marketing ni mesti kena penuh dengan strategi.Kita kena selalu lebih bijak dan pandai.Barulah kita akan lebih maju dan berjaya.

Nak bagi flyers dan survey form pun kena ada risk management tau.
Bukan boleh sembarangan gitu gitu je.

Ok idea penulisan ni tuan Zack Ashraff yang budiman yang bertanya dan sentuh isu ni.
Untuk pengetahuan semua Tuan Zack Ashraff ni memang PAKAR dalam RISK MANAGEMENT juga.

Boleh berkenalan dengan beliau untuk kesejahteraan kehidupan kita dunia akhirat.

Kak Long.

Advertisements