sales tips

Misteri Flyers.

Kak Long nak pesan..

Bila kita bagi hulur flyers ,jangan tabur macam tu sahaja.

Kalau kita hulur, InsyaAllah mereka akan ambil, rakyat Malaysia ni kan berbudi bahasa.
Never say never.

Lepas tu kita fefeeling princess sekejap perasan mereka akan call kita.

Malam hari ,kita tenung je handphone kita macam nak meletop dah.
Dengan harapan mereka akan call kita.

Kebiasaan diorang akan AMBIL dan BUANG.

Tapi mereka akan buang senyap senyap ,bukan di hadapan kita.

Untuk strategi yang lebih EFFECTIVE kita buat macamni.

+Hulur flyers sambil minta contact no mereka,minta jangan verbal je guna survey form.

+Sebab bila kita ada contact no, macam macam kita boleh update dan dan buat softselling marketing.

+Sentiasa update informasi terbaru berkenaan produk dan perkhidmatan kita kalau kita ada contact no.

+Minta mereka isi survey form pastikan mesti ada contact no mereka sekali.

+Hulur flyers sambil tanya beberapa soalan qualifying.

————————–

Jangan hulur flyers sambil berbual kosong sahaja.

Peluang mereka akan menghubungi kita semula sangat nipis.

200 flyers kita bagi mungkin 4 orang sahaja yang akan menghubungi kita.

Tak berbaloikan.

Tapi kalau kita ada 200 hp no mereka, 200 tu kita boleh contact kan..

Buat kerja dengan strategi PLEASE..

Kak Long.

Advertisements