sales audit

BERSOAL JAWAB DENGAN ALLAH.

As Salam Semua.

BERSOAL JAWAB DENGAN ALLAH.

Dalam dunia ini kita ada banyak pilihan untuk mencari rezeki.Bekerja sebagai pekerja ke,self employed ke,business ke atau kita nak pilih jadi investor.
Janji nanti kita boleh jawab dengan Allah apa yang kita perjuangkan.

Apa prinsip kita,pegangan kita dan tujuan kita.

Dulu semasa Kak Long as an advisor pada satu syarikat ini CEO dia satu persatu kurangkan cabang perniagaan dia.Dia mempunyai 16 jenis perniagaan ke semuanya retail.

Antara business yang di buang dalam perniagaan dia adalah menjual barangan branded yang tak berapa nak branded.Yang dah di gred gredkan.Kan ada yang barangan branded konon konon GRED A,AA,AAA.

Bila di tanya dia jawab “Dulu masa nak kembangkan cabang business saya tak terfikir halal dan haram.

Semenjak usia dah meningkat ini baru terfikir yang barangan tu kind of tak betul ibarat merompak idea designer asal walaupun kebanyakan designer tu bukan islam.

Nanti saya tak boleh nak jawab depan Allah.Saya takut.”

Terkejut kak long dia cakap macam tu sebab Kak Long pun tak terfikir macam tu sekali pada masa tu.

But suprisingly SALES INCOME syarikat tu melonjak 300% since the CEO decided untuk jadi lagi syariah compliant.

Subhanallah.Best kan.

Amacam korang ada ke jual barang yang tak berapa nak branded ni.😆

Advertisements
cerita kewangan

SILA DIE DIE FAST FAST

Ada this person approach Kak Long untuk buat satu investment.
Terpaksa lah tadah telinga tak boleh lari sebab office dia just next door.

Tapi my first question ialah Bank Negara approve tak investment ni,(Kak Long memang tau ,memang tak approve punya, modus operandi pun kelaut )

Dia jawab “Cuba tengok website company ni, ada tanda kunci,dia LOCK.
(nanti tengok gambar ye kak long attach).
Kalau dia lock maknanya approved by Bank Negara.Kalau terbuka lock tu maknanya SCAM.”

Ya Allah jawapan dia tu Kak Long rasa nak transfer dia duduk kat Planet Marikh masa tu juga.

Tak tahulah berapa lama dia nak fikir dapat jawapan yang mintak di sekeh laju laju.

Nak suruh dia terjun bangunan tak sampai hati pulak.😆

.
Kak Long

Habis tu scammer yang tertangkap tu website dia orang semua ada gambar lock tu,kantoi jugak apa cer.

Lock tu dekat dekat dengan bunyi Ngok 😝

cerita kak long

CIA CIA CIA

CIA CIA CIA

Dalam rumah ni hubby kak long dah haramkan penggunaan perkataan CIA CIA CIA 😆😝.

Sebabnya apa sahaja Kak Long tanya anak-anak mesti nak di CIA CIA kan.

Kalau tanya Baby”Mana handbag mama baby nanti dia jawab dalam hati Baby.”
Tanya kakak “Mana baju mama nanti dia akan jawab dalam hati kakak”.

Semua nak di jawab berasaskan CIA CIA CIA.

Sampai fobia Kak Long nak tanya.

Sejak dah di haramkan baru aman hidup Kak Long.😝

Maaflah yer Founder CIA CIA CIA😆

cerita kak long

JIRANKU DARI SYURGA

Antara persediaan bulan puasa tahun ni Kak Long nak beli tupperware biasa banyak banyak.

Dah serik bagi juadah dalam pinggan mangkuk IKEA.

IKEA je pun.

Bagi juadah berpinggan mangkuk kan brand IKEA adalah high risk.

Jiran jiran berpakat semua tak nak pulangkan 😆.

Hi jiran !
Pingkan mangkuk i tu status macamana ye.Ramadhan ni dah genap setahun pemergian set Ikea i 😆

cerita kak long

JIRANKU DARI SYURGA

Antara persediaan bulan puasa tahun ni Kak Long nak beli tupperware biasa banyak banyak.

Dah serik bagi juadah dalam pinggan mangkuk IKEA.

IKEA je pun.

Bagi juadah berpinggan mangkuk kan brand IKEA adalah high risk.

Jiran jiran berpakat semua tak nak pulangkan 😆.

Hi jiran !
Pingkan mangkuk i tu status macamana ye.Ramadhan ni dah genap setahun pemergian set Ikea i 😆