motivasi

As Salam Semua,

Salam Jumaat yang mulia.

Semalam dengar tazkirah berkenaan akhlak bersahabat.

Bila sahabat jumpa dengan kita minta sesuatu pertolongan tak kisahlah dari segi apa pun WAJIB lah kita memenuhi permintaan sahabat kita.

Maksud WAJIB kat sini samaada kita sendiri yang tunaikan hajat tersebut atau kita lorongkan sahabat kita tu ke tempat lain.

Maknanya tiada langsung perkataan NO dari kita.

Subhanallah bestnya kita kalau boleh berbuat demikian.

Ini akhlak Rasulullah SAW jika ada orang yang meminta bantuan Baginda sedaya upaya akan menolong dan jika bantuan tersebut Baginda tidak boleh berikan,Baginda akan melorongkan kepada Sahabat Baginda yang lain.

Baginda tak pernah say NO dan selalu ada jalan penyelesaian.

Akhlak ini akan selalu memberi sinar harapan kepada sahabat kita dan menjauhi sahabat kita daripada bersifat berputus asa.

Jika sahabat kita kecewa dan berputus asa dengan kita ,nanti kita kena berjawab dengan Allah.
Nak jawab apa ye nanti.

Advertisements