cerita kak long

CIA CIA CIA

Dalam rumah ni hubby kak long dah haramkan penggunaan perkataan CIA CIA CIA 😆😝.

Sebabnya apa sahaja Kak Long tanya anak-anak mesti nak di CIA CIA kan.

Kalau tanya Baby”Mana handbag mama baby nanti dia jawab dalam hati Baby.”
Tanya kakak “Mana baju mama nanti dia akan jawab dalam hati kakak”.

Semua nak di jawab berasaskan CIA CIA CIA.

Sampai fobia Kak Long nak tanya.

Sejak dah di haramkan baru aman hidup Kak Long.😝

Maaflah yer Founder CIA CIA CIA😆

Advertisements
cerita kewangan

SILA DIE DIE FAST FAST

Ada this person approach Kak Long untuk buat satu investment.
Terpaksa lah tadah telinga tak boleh lari sebab office dia just next door.

Tapi my first question ialah Bank Negara approve tak investment ni,(Kak Long memang tau ,memang tak approve punya, modus operandi pun kelaut )

Dia jawab “Cuba tengok website kita ni ada tanda kunci ni dia LOCK (nanti tengok gambar ye kak long attach).Kalau dia lock maknanya approved by Bank Negara.Kalau terbuka lock tu maknanya SCAM.”

Ya Allah jawapan dia tu Kak Long rasa nak transfer dia duduk kat Planet Marikh masa tu juga.

Tak tahulah berapa lama dia nak fikir dapat jawapan yang mintak di sekeh laju laju.

Nak suruh dia terjun bangunan tak sampai hati pulak.😆

.
Kak Long

Habis tu scammer yang tertangkap tu website dia orang semua ada gambar lock tu,kantoi jugak apa cer.

Lock tu dekat dekat dengan bunyi Ngok 😝

cerita kak long

As Salam Semua.

BERSOAL JAWAB DENGAN ALLAH.

Dalam dunia ini kita ada banyak pilihan untuk mencari rezeki.Bekerja sebagai pekerja ke,self employed ke,business ke atau kita nak pilih jadi investor.
Janji nanti kita boleh jawab dengan Allah apa yang kita perjuangkan.

Apa prinsip kita,pegangan kita dan tujuan kita.

Dulu semasa Kak Long as an advisor pada satu syarikat ini CEO dia satu persatu kurangkan cabang perniagaan dia.Dia mempunyai 16 jenis perniagaan ke semuanya retail.

Antara business yang di buang dalam perniagaan dia adalah menjual barangan branded yang tak berapa nak branded.Yang dah di gred gredkan.Kan ada yang barangan branded konon konon GRED A,AA,AAA.

Bila di tanya dia jawab “Dulu masa nak kembangkan cabang business saya tak terfikir halal dan haram.

Semenjak usia dah meningkat ini baru terfikir yang barangan tu kind of tak betul ibarat merompak idea designer asal walaupun kebanyakan designer tu bukan islam.

Nanti saya tak boleh nak jawab depan Allah.Saya takut.”

Terkejut kak long dia cakap macam tu sebab Kak Long pun tak terfikir macam tu sekali pada masa tu.

But suprisingly SALES INCOME syarikat tu melonjak 300% since the CEO decided untuk jadi lagi syariah compliant.

Subhanallah.Best kan.

Amacam korang ada ke jual barang yang tak berapa nak branded ni.😆

cerita kak long

Ini lah cerita tu.

My daughter “Kakak” kan dia ada jual coffee scrub .
Ada la kawan dia order dua hari lepas,and then hari ni order lagi 2 pack.

Kakak terkejut la cepatnya body scrub tu habis.Satu pack tu boleh tahan sebulan kalau guna seminggu sekali.

Lepas tu kawan kakak kata yang nenek dia dah buat air kopi, jamu jiran datang bertandang malam semalam.😆

Lepas tu semua kata coffee tu sedap.Jadi dia repeat order manalah tau nenek dia nak buat air kopi lagi.

Kak Long nak tanya korang ke jiran nenek tu.😆

Habis camne ni.
Nasib baik la coffee tu mesra tekak.😝

Ini Kakak dengan bag ikea mama dia.

Image may contain: 1 person, standing and shoes
motivasi

As Salam Semua,

Salam Jumaat yang mulia.

Semalam dengar tazkirah berkenaan akhlak bersahabat.

Bila sahabat jumpa dengan kita minta sesuatu pertolongan tak kisahlah dari segi apa pun WAJIB lah kita memenuhi permintaan sahabat kita.

Maksud WAJIB kat sini samaada kita sendiri yang tunaikan hajat tersebut atau kita lorongkan sahabat kita tu ke tempat lain.

Maknanya tiada langsung perkataan NO dari kita.

Subhanallah bestnya kita kalau boleh berbuat demikian.

Ini akhlak Rasulullah SAW jika ada orang yang meminta bantuan Baginda sedaya upaya akan menolong dan jika bantuan tersebut Baginda tidak boleh berikan,Baginda akan melorongkan kepada Sahabat Baginda yang lain.

Baginda tak pernah say NO dan selalu ada jalan penyelesaian.

Akhlak ini akan selalu memberi sinar harapan kepada sahabat kita dan menjauhi sahabat kita daripada bersifat berputus asa.

Jika sahabat kita kecewa dan berputus asa dengan kita ,nanti kita kena berjawab dengan Allah.
Nak jawab apa ye nanti.