sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 3

SALES POWER NOTA 3

3 ELEMEN WAJIB ADA UNTUK GOAL SETTING.

Goal setting untuk income.

Contoh kita buat untuk goal income dalam masa 6 bulan.

1)set jumlah yang jelas berapa yang kita nak.

2)bila tarikh kita nak capai tarikh yang ada dalam kalender.

3)apa yang kita nak buat dengan duit yang kita dapat tu.Nak beli rumah ke,nak beli kereta ke,nak travel ke etc.
There is no such thing as something for nothing.

Kalau susah nak ingat formula di atas atau susah nak ingat steps tu kan cuba kita ingat keadaan di bawah ini

Biasa ada anak kita nak duit buat bayaran apa apalah di sekolah kan.

Kalau anak kita minta terus je dengan kita “mama nak duit banyak sikit nak bagi cikgu”.

Rasa rasa kita terus bagi ke kalau anak kita cakap macam tu.

Memang kena interview dulu dengan kita kan.

3 soalan interview yang famous kita sebagai interviewer kepada anak kita…

1.Cikgu Nak berapa ringgit?

2.Cikgu Nak duit tu bila?

3.Cikgu Nak buat apa dengan duit tu?

Bila kita puas hati dengan jawapan anak kita baru kita bagi duit tu kan.

Jadi samalah juga proses nya dalam meletakkan jumlah income yang kita nak.

Ketiga tiga element tu WAJIB ada baru boleh dapat.

Sebab ALLAH dah tengok dan tahu kita bersedia nak buat apa dah dengan duit tu jadi baru Allah makbulkan.

InsyaAllah.

#salespowernotakaklong.

Advertisements