sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 18

SALES POWER NOTA 18

7.GLOBAL COMPETITIVENESS

Cuba kita tengok cara kita menjalankan business atau kerjaya sebagai agen.

Ada tak kita selalu UPGRADE diri kita untuk boleh sentiasa maju dan berdaya bersaing.

Atau kita masih selesa di takuk lama.

Cara dunia sekarang bekerja sekarang amat berlainan berbanding 10 tahun lepas.

Sekarang adalah dunia digital ekonomi.
Semuanya di hujung jari dan cepat,mudah dan pantas.

Contoh jika kita buka booth jualan sekarang adalah lebih mudah kita apply portable terminal machine debit/ credit card untuk memudahkan transaction.

Ramai sekarang bersiar-siar sangat kurang membawa tunai yang banyak.

Jika kita ada kemudahan ini dengan mudahnya duit bertukar tangan.

Jika masuk toll plaza sekarang banyak guna smart tag dan tough and go.Sebab tu dah ramai pekerja toll di berhentikan.Boleh syarikat lebuhraya menjimatkan kos.

Sebab itu kak long tak faham kenapa masih ramai yang gunakan lorong tunai, sanggup beratur panjang di toll tu.

Di dalam bidang financial pula sekarang adalah zaman FINTECH-financial technology.

Maknanya prospect boleh memilih untuk membeli pelaburan melalui online dengan service charge yang jauh lebih murah dan ada sesetengah platform yang menawarkan referral commission.

Masih ada juga segelintir yang akan memilih untuk berurusan dengan agen tetapi pointnya di sini adalah ,ini adalah dunia masa kini dan hadapan.

Untuk kita stay relevant adalah dengan mengikuti peralihan tenologi ini.

Kalau tak ikuti alamat kita macam rusa masuk Kg Toronto.😆

Advertisements