sales power nota kak long

SALES POWER NOTA 17

SALES POWER NOTA 17

6.BUSINESS MINDSET 3

Sentiasa buat apa yang orang business buat.
Dalam petak business kita memang harus ikuti rentak business.

Jika tidak kita masih di petak SELF EMPLOYED
Tengok Petak ini…

1.Employee

2.Self Employed

3.Business Owner

4.Investor

Apa yang kita buat sekarang cuba kita lihat diri kita.
Kita berniaga tetapi ke semua ciri ciri business kita masih di petak self employed.

Semua kita buat sendiri.

Kita lah boss,kita pekerja,kita despatch dan kita juga kerani.

Tujuan kita berbusiness untuk menggandakan PRODUKTIVITI.

Dalam dunia ini semua orang ada masalah kekurangan TENAGA ,MASA, SUMBER DUIT,KEPAKARAN dan ada banyak lagi sumber limited di sekeliling kita.

Semua orang ada SATU DIRI dan mempunyai HANYA 24 jam sehari.

Peralihan kita ke petak business adalah untuk mendapatkan lebih tenaga kerja dan masa.

Hire more people contoh dalam bidang kewangan unit trust atau takaful kita ambil PA untuk uruskan semua dokumentation client.Kita boleh fokus untuk SALES sahaja.

Perlahan lahan kita tambahkan lagi bilangan staff kita.

Dan kita boleh ada AGENSI sendiri.
Beroperasi sama seperti business owner.

.
Kak Long

Barisan buku Robert T.Kiyosaki ada menerangkan business mindset ini dengan terperinci.

Advertisements