cerita kak long

CERITA KAK LONG

Ramai yang offer Kak Long suruh jadi Founder Produk OEM tu.Buat brand sendiri.Leburkan duit sendiri.

Dik Non cer tengok nama tu betul betul.
“FOUNDER”
Kalau setakat TER Found kilang OEM tu lepas tu Kak Long TER KAYA Sorang Sorang i am not interested.😜

Biarlah Kak long jadi Founder Lina Othman Consultancy je.😌

Banyak lagi pilihan di hati ku.

Macam sekarang Kak Long dah fall in love with this produk.Rahsia nanti cerita tau…

Good Nite.As Salam

Advertisements
sales audit

Sales audit finding 1

Sebuah syarikat hartanah telah menambah parking khas untuk prospek datang bertandang ke office dan automatik menambahkan dan meningkatkan angka jualan.

Nampak macam ada kena mengena tak situasi tersebut dengan angka jualan.

Parking uncorrelated dengan angka jualan.

Logik akal kita mengatakan TIDAK.

Tetapi Allah akan bagi rezeki berganda ganda kalau kita buat persediaan dan menyediakan ruang untuk kejayaan.

Cara tersebut menunjukan komitmen kita dan kepercayaan kita kepada kejayaan.

It is LAW OF RECEIVING.

Best sangat kalau dapat marahkan CEO dan bagi arahan pada CEO😌.
Secara tidak langsung Kak Long pun dapat FREE satu parking sepanjang bertugas di sana.YES!

cerita kewangan

CERITA KEWANGAN

EMAS vs UNIT TRUST

JENIS PENDAPATAN
Nota 3

Emas hanya menyediakan kenaikan harga dan tiada income atau dividen.Tetapi kenaikan harga emas adalah slow and steady dan mengambil masa yang lama untuk nampak perbezaannya.

Contoh

Ada emas yang kak long beli dalam tahun 1996 masa tu berharga RM 40 satu gram dan tahun ini 2017 RM 180 lebih kurang jadi kenaikannya adalah lebih kurang 18% setahun.

Manakala unit trust ada kedua duanya iaitu kenaikan harga dan income-ikut fund yang kita pilih.Kebiasaan kita pilih fund yang ada kedua dua ini.

Ada track record unit trust fund yang menunjukan dari tahun 2002 sehingga sekarang purata kenaikan adalah 28% setahun.

Jadi kedua dua pelaburan ini ada keistimewaan masing masing.

.

cerita kewangan

NASIHAT KEWANGAN

Trend dari dulu sampai sekarang suka membandingkan apple dengan orange.

Bila dalam bab investment ramai yang membandingkan return yang di perolehi dalam ASB ,Tabung Haji dan ASB dengan Kaunter Saham di Bursa Malaysia.

Asb ,TH dan Asb adalah pelaburan yang PASIF maksudnya kita letak dan tinggal duit kita kerana ada FUND MANAGER yang uruskan.

Manakala kaunter SAHAM di Bursa Malaysia adalah yang berbentuk pelaburan yang AKTIF.

Bermaksud kita melibatkan MASA,TENAGA DAN KEPAKARAN kita sendiri.(kepakaran yang tak betapa nak ada tu).
Kita jugalah yang bertindak sebagai FUND MANAGER urus duit sendiri.

Memanglah ada potensi untuk kita dapat 400-500% setahun di Bursa Malaysia.
Dengan syarat jika kita dah MASTER dalam bab teknikal,news dan market analisis.

Tapi kalau setakat baru tahu 4 empat lima term kita dah nak libatkan diri dalam saham boleh jugak.
Nanti boleh dapat negatif 500% setahun.
Ok tak?