Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG Q1
169/1000
MATLAMAT BUSINESS.

Soalan ni daripada jejaka kacak lantun lantun dari utara.

Dah la kacak baik pula tu.

Dia juga auditor volunteer syarikat Lina Othman Consultancy.

Soalan….

Apakah matlamat berbusiness

Adakah keuntungan semata mata

Atau kalau dah meninggal nanti boleh kita buat pahala dan menjadi sebutan pada orang lain

————
Jawapan kak long.

Bila kita berbusiness atau berniaga mesti kita

Niat kerana Allah Taala

Niat mengikut sunnah Rasullullah SAW

Niat untuk membantu ummah terutama umat islam

Niat untuk menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah.

Niat untuk bermualamat

Jika kita niat untuk untung semata mata maknanya keberkatan dalam berniaga tu sendiri dah tiada.
Pahala pun dah kosong

Kita bila berniaga always ada the right mindset.
Semua yang kita buat adalah untuk kebaikan orang lain dan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dan setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ini mesti kita mengharapkan berkekalan pahala dan kebaikan sehingga bila kita meninggal nanti orang masih mengingati kita sebagai seorang peniaga yang jujur dan amanah.

Tidak menipu dalam timbangan.

Tidak overclaimed dan mengada ngadakan testimoni palsu.

Tidak self claimed syarikat atau produk dia
No 1.

Tidak syok sendiri.

Kita kalau berniaga apa sahaja dalam muka bumi Allah ni hatta menjual sekecil kecil barang pun,end mind kita mesti mengharapkan dan meraihlah pahala yang Allah tawarkan.

Ok Mohd Faiz.Harap berpuas hati dengan jawapan kak long ni.
Terima kasih kerana sudi bertanya.

:

Kak Long

Advertisements