Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q3

172/1000

SOAL:

Please highlight bout istiharah kak long. Kdg2 manusia fikir apa yang terbit dari minda dan hati itu adalah cukup untuk jadi penanda aras yang terbaik buat mereka. Padahal mereka lupa pada aturan Allah.

Kasi isi molek2 sikit kak long. Yang makan dalam dan tinggal kesan lama 😃😃😃😃😃

👆👆👆 copy paste.. jangan kecam saya 😃😃😃😃😃😃

————————————

Soalan ini dari Nonnie Mn yang cantik gebu dan manja.
Bila goreng ikan keli InsyaAllah tak meletop.Boleh tengok fb beliau.
——————————

Jawapan Kak Long

Istikharah ini biasa kita buat bila kita dalam
di lema antara dua pilihan.

A atau B.

Niat kita solat istikharah ini adalah untuk meminta petunjuk dan bimbingan dari Allah

Kita meminta bimbingan Allah dan petunjuk dari Allah dari mula kita hendak membuat pilihan sehinggalah kita yakin itu adalah keputusan dari Allah untuk kita.

Untuk kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Bila kita hendak membuat sesuatu keputusan memang ” tidak cukup ” hanya berdasarkan dari pemikiran dan kata hati.

Dan penting di ingat petunjuk bukan hanya melalui mimpi.

Ada lagi beberapa faktor yang harus kita ambil berat.Antaranya

menyenaraikan kebaikan dan keburukan pilihan di atas kertas.

bermesyuarat dengan ahli keluarga

bermesyuarat dengan pihak yang pakar

Setelah kita buat solat istikharah dan melakukan lagi langkah langkah yang lain kita harus YAKIN dengan sesungguhnya bahawa apa sahaja

situasi

perkara

manusia

berita

keadaan

peristiwa

yang di tunjukkan dan datang dalam hidup kita adalah petunjuk dari Allah.

Contoh

Kita minta Allah tunjukkan kita untuk tunjukkan industri apa yang paling best untuk kita samaada A atau B.

Selepas semua steps di atas tu kita buat kita harus peka apakah petunjuk petunjuk yang kita dapat dan selalu terlintas di mata,telinga,hati, perasaan dan bila kita memikirkannya hati kita akan lebih tenang.

Bila kita menonton berita apa yang kita dengar

Bila kita membaca newspaper berita apa yang kita nampak

Bila kita baca fb kisah apa yang mata kita selalu ternampak

Bila kita memikirkan pilihan kita tu kita jadi lebih tenang dan gembira.

Contoh lagi.

Jika kita meminta nak buat sales figure meroket , kita dalam di lemma samaada kita nak usaha lagi sendiri atau nak kan nasihat dari pihak luar.

Kita pun start browsing nak dapatkan lagi info.Lepas tu asyik ternampak posting kak long.Maknanya apa tu…😉😉😉

Allah akan menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk.Kita yang harus buka mata hati.
——————–

:
Kak Long

Setakat ini yang terdaya kak long nak menghuraikannya.Harap bermanfaat.

Advertisements