Tanya Kak Long

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA-Q8
185/1000

Terima kasih kerana mengambil berat tentang kehidupan kak long.
Banyak soalan yang di tanya antaranya yang bertanya apabila melihat status kak long banyak di FB.

Bagaimana kak long mengurus masa seharian.

Jawapan kak long.

Semua orang ada 24 jam.

Keberkatan masa bergantung kepada apa niat kita dan aktiviti kita.

Kita sendiri yang susun jadual dan berdisplin.

Jika ada masa terluang memang kak long akan fokuskan untuk menulis di FB .

Tidak perlu risau kerana ini minat kak long dan kak long akan cuba luangkan dan mencari masa.

Anak-anak kak long semua dah besar dan berdikari cuma kak long perlu pantau mereka dari jauh sahaja.Anak kak long yang sulung sudah berusia hampir 20 tahun.

Kak Long dah memasak seawal sebelum subuh untuk keluarga.

Jika kak long ada event di luar barulah kak long jarang ada masa untuk engagement dan berkomunikasi di fb.

Semua untuk niat berkongsi dengan anda.
Semoga menjadi ladang pahala buat kita semua
Doakan kak long lebih gigih berkongsi.

Ini juga ibarat menebus kesalahan kak long yang tidak dapat berkongsi ilmu semasa masih terikat dengan pekerjaan terdahulu.

:
Kak Long.

Advertisements