Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q10
PERNIAGAAN YANG STABIL DAN DI IKTIRAF
187/1000

Banyak sekarang perniagaan di luar yang mengaplikasikan business model yang berlainan dan bak cendawan yang tumbuh.

Sampai kita sendiri pun keliru.

Kak long ingin berkongsi ciri ciri perniagaan yang selamat dan terbukti berkesan.

+Kita haruslah memilih perniagaan yang sudah terbukti berkesan.

+Telah berada dalam pasaran lebih dari 5 tahun.

+Mempunyai kedudukan kewangan yang positif atau kita boleh lihat growth di annual report.Belajar membaca dan scan info penting di AR.

+Syarikat tersebut mempunyai audit kewangan yang teratur

+Pihak pengurusan mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tinggi .

+Kepakaran mesti dalam bidang yang berbeza.

+Di iktiraf oleh kerajaan.

+Mempunyai trustee(kebiasaan perniagaan yang tidak jujur tiada pemegang amanah untuk dana di pantau)

+Diiktiraf oleh Bank Negara dan pihak berwajib.

+Kita boleh mendapat ke semua maklumat ini dari profail syarikat mereka-wajib kita dapatkan-wajib mereka bekerjasama memberikan kita maklumat ini.

+Jika mereka listed di Bursa Malaysia kita boleh dapatkan annual report mereka.Boleh download di website syarikat mereka

Jadi bijak itu wajib.Dengan ilmu.Beruntunglah mereka yang mempunyai ilmu.

Kak Long
Kuzie Kudin
Siti Noriah

Advertisements