Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q15
KEGHAIRAHAN BEKERJA
196/1000

Bagaimana nak mengembalikan keghairahan bekerja.

Soalan ini daripada Puan Kuzie Kudin yang duduk di Penang.Thank you kuzie.

Jawapan Kak Long.

Mula mula kita bekerja semangat kita setinggi gunung everest.Lama kelamaan semangat kita cuma setinggi busut di kampung kita.

Sekarang kita bekerja ni feeling dah tak sama ,kita masih meneruskan pekerjaan kita hanya di sebab kan oleh AMANAH dan sebagai bertanggung jawab sahaja.

Kebiasaan perasaan ini semua orang akan alami.

Jalan yang terbaik untuk rasa sentiasa bersemangat ialah…

1.Niat hari hari kita bekerja kerana Allah.

2.Ingat REWARD kita di akhirat bukan di dunia.

3.Ingat ini Pahala kita dengan buat yang terbaik.Betapa ramai pihak yang sudah dapat kebaikan di sebabkan oleh perkhidmatan kita.

4.Sentiasa berikan diri kita HADIAH atau REWARD setiap hujung bulan

5.Sentiasa perbaharui goal kita dalam bekerja dan tandakan jika kita dah capai apa yang kita dah dapat atau dah accomplished.
Kita akan lebih bersemangat melihat pencapaian kita walaupun sekecil -kecil pencapaian.

Tulis dan catat pencapaian kita.

:
Kak Long.

Advertisements