Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q16
TRY AND ERROR DALAM BUSINESS
198/1000

Puan Kuzie Kudin bertanya lagi.

Jawapan Kak Long.

Tiada istilah try and error dalam business.

Sebelum kita memilih sesuatu bidang kita buat homework terlebih dahulu.

Kaji industri,produk,syarikat,target market,peluang,kekuatan,kelemahan dan ancaman.

Kenal pasti business model juga.Samada sudah terbukti atau sebaliknya.

Pilih business yang memang sudah ada permintaan dalam market.

Kita dapatkan maklumat ini terlebih dahulu barulah kita letak kedua belah kaki kita ,fokus dan jalan terus.

Lengkapkan diri dengan ilmu dan skill.

Contoh ayah kak long mempunyai restauran.
Segala yang berkaitan restauran beliau berguru dan belajar selok belok selama dua tahun sebelum membuka restauran sendiri.

Walaupun beliau tahu siapa yang tak nak makan. Semua orang perlu makan tapi beliau kukuhkan skill memasak beliau TAHAP 6 bintang.Dan juga skill skill pengurusan.

:

Kak Long

Kalau masih mahu mencuba juga bolehlah gunakan duit yang kita sanggup hilangkan dalam business tersebut.Yuran kepandaian.

Advertisements