sales tips

“Put yourself in client’s shoes”
278/1000

Kalau dapat tips di bawah ni di jadikan amalan insyaAllah 85% sold.
Apa yang kak long nak kongsikan ini untuk semua yang terlibat dalam berurusan dengan prospek.

Tak kisahlah kita terlibat industri apa pun.
Selagi kita berjumpa dengan manusia.

1)Waktu.
Sampai awal ke tempat temu janji.Kalau kita yang tunggu client kan great impression tu.Berkat pun berkat.

Pilih waktu ala-ala zaman mak mak kita dulu guna kalau mereka nak pergi bertandang contoh lepas zuhur ke lepas asar ke kan manis.

Janganlah buat appointment waktu waktu sekitar nak masuk waktu solat contoh pukul 1.30pm,4.30pm,7.00pm
Errrrrkk bila nak solat.???

2.Tempat appointment.
Boleh la pilih tempat yang status cafe-cafe yang lebih privasi, suasana pun lebih tenang. Kan senang dan selesa bila nak bercakap dan nak berbincang.

Janganlah port di food court ke ,kepci ke, mekdi ke kan ke tempat tu crowded kebiasaannya.

Silalah orderkan client kita minuman jangan lah kedekut.Kan sedekah kalau kita yang bayarkan.Bila lagi nak sedekah.

3)Soalan-soalan kepada prospect.
Cubalah jadi tanya banyak banyak sikit soalan berkenaan kerja,famili,apa kriteria produk yang di pilih pengalaman sebelum ini ke.

Kalau prospect bawa anak-anak lebih sweet kalau kita ambil tahu tentang anak anak sekali. Tanyalah serba sedikit mengenai anak-anak mereka.

Janganlah tanya soalan peribadi pula..nampak dia sorang kita tanyapulak wife mana atau husband mana ..kalau client kita divorce ha kan sensitif tu ..

4)Jadilah pendengar yang baik.
Janganlah sibuk nak menjual, cuba jadi pendengar yang baik .Kalau kita lebihkan mendengar lagi banyak maklumat yang kita boleh dapat dan boleh propose solution yang terbaik untuk prospect kita.

5)Elakkan guna JARGON WORD.

Contoh

Term- term investment or too technical janganlah di gunakan.

Contoh jika kita dalam bidang kewangan.
Bidang-bidang kewangan ni bidang kita bukan bidang prospect kita.(melainkan prospek dah familiar sebab dia pun dalam financial)

Tak payah lah nak tunjuk pandai dengan prospect contoh sebut NAV lah,AUM lah,asset allocation lah,balance fund ,mixed fund lah.

Cuba bagitau term tu guna ayat marhaein atau lepas sebut kita boleh sertakan contoh contoh. Kan lebih manis tu.

Sebab ramai prospect yang angguk angguk faham tapi tak faham sebenarnya ,langsung close their mind tak nak sign up apa apa or commit anything sebab merasakan kita tak prihatin.

Tak ramai prospek yang mengaku mereka tak faham term -term tu.
Ha kan dah rugi.Nanti mesti mereka akan kata “tunggu dulu”.

Harap harap tips diatas boleh membantu untuk kita lebih prihatin dan boleh close banyak banyak lagi sales.

Happy Selling
Kak Long

Advertisements