Tanya Kak Long

Doa usaha tawakal

Kak long cuba yang terbaik ye nak kongsikan bab ni.

Sebab ramai yang tanya bila kita berniaga ni apa je yang salah kita lagi ,
apa yang tak kena ,
sales figure masih di takuk lama,
macam untung macam rugi.

Tapi kita rasa kita dah buat yang terbaik.
Mari kita muhasabah betul ke kita dah buat yang TERBAIK.

Yang pertama. DOA

Islam agama yang terbaik sebab kita ni penuh dengan doa ,solat doa,zikir doa,tadah tangan doa.Doa tu kan senjata orang mukmin.

Bab doa pun ramai yang tersalah lagi.
Buat masa ni ,ini bab yang penting dulu kita kena tahu.
Doa ni yang best ada banyak komponen tapi nanti kak long sentuh lagi bab ni.

Yang kedua. USAHA

Usaha ni kat sini ramai yang tewas.Sebab kita selalu ingat kita dah buat yang terbaik tapi sebenarnya ada banyak lompong lompong kita tak penuhkan.
Kak long senaraikan sikit.

1.Goal

2.Planning

3.Motivation

4.Skill

5.Action

6.Business mindset

7.Global competitiveness

Cuba tengok 7 senarai ni.

Ada 7 perkara asas kan.

Kita dah buat semua ke?

Kita dah master belum?

Kita amalkan ke tidak?

Contoh bab skill ini.
Bab skill(No 4) ni ada 9 skill yang kita kena pula kuasai.

Selling skill antaranya termasuk dalam ni.

Dalam selling skill pula ada presentation skill.

Dalam bab presentation pun ada 13 skill lagi kita kena POWER.

Ada 13steps nak buat presentation nak jadikan prospek tu client atau customer kita.

Itu belum lagi di huraikan dan di pecah pecahkan.

Nak belajar bab sales ni pun makan masa.Banyak kan.

Yang ketiga. TAWAKAL.

Bila bab yang kedua tu semua dah sempurna baru kita tawakkal.
Kita serahkan semua keputusan kepada Allah.
Bila Allah dah tengok semua kita dah buat pada tahap yang terbaik baru Allah akan bagi.
Ingat hati prospek kita Allah yang pegang bukan kita.

Amaran.

Ini buat sales pun sekejap close sekejap tak close,bila kita dah pm pm terus customer senyap,bila customer tanya cara kita jawab pun tak betul,agen nak join kita pun kita endah tak endah sibuk kita bercerita semua tentang kita ,SOP tak ada,KPI lagilah tak buat.

Aktiviti sales kita pun tak cukup.
Kita ingat cukup ke sekadar senyuman kita bagi pada prospect dan client kita.

Habis macamana kita nak dapat apa yang kita nak.Harini sales ok , esok sales tak ok.
Mulalah kita salahkan pelbagai pihak,ekonomi pun salah.

Bila kita dah marah, ayam datang patut nak makan cacing pun kita melenting.

Lepas tu di wall fb kita semua berkeluh kesah.

Kak Long

Advertisements