cerita kak long

CERITA KAK LONG

REWARD DIRI KITA BERPADA PADA

Dalam sales line yang paling best boleh reward diri hari hari ,tiada siapa yang nak marah.

Income kan unlimited.Beli la apa apa pun tapi jangan lah sampai syaitan pun jadi BFF kita.

Hari ni rasa macam nak cerita pasal handbag.Nak cerita pasal pembaziran.

Gambar kak long di bawah tu kak long just window shopping.
Saja jalan jalan ambil aura bau handbag branded.

Bila tengok harga handbag tu memang boleh pengsan dua kali.
Dah la membazir, berat pula tu.😖

Gambar yang pertama tu brand GUCCI harga RM 40,000.00.
Ermmmmmmmmmmm.
Kalau kak long founder produk kecantikan pun tak beli lah.

Sebab bukan niat kak long nak beli pun, tu la sebab la kak long pergi usik usik je handbag tu.
Saja sekeh sekeh kan.😆

Gambar yang kedua tu boleh la tahan juga harganya tapi tak la jugak kak long sior nak membelinya.
As i said handbag tu pun kak long sekeh sekeh kan juga.😆

Kalau kak long banyak duit sangat sampai melimpah ruah pun tak beli juga la.

Mahal sangat ,membazir sangat dan berat sangat.

Kak Long cuma ambil bag yang last tu je.
Itu pun sebab ada 50% Sale.
Itu pun menyesal juga.😭
Kak Long suka sebab bag tu besar boleh sumbat orang dalam tu.

Kalau nak reward diri boleh asalkan berpada pada.

Ini gambar lama tau bukan sekarang.😝

Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: 1 person

Advertisements
cerita kak long

CERITA KAK LONG 2

Life is a puzzle.

Dahulu Kak Long bekerja dengan syarikat event & training management sekitar tahun 2003.

Antara portfolio kak long ialah buat invitation kepada senior management untuk jadi special guest dalam event yang akan di buat.

Senior-senior ini datang dari pelbagai bidang,pelbagai industri serta pelbagai portfolio.

Contoh kalau kak long dapat bercakap dengan Senior Director Risk Management dalam MAS Berhad jadi kak long akan interview dan tanya mereka banyak perkara.
Semua tentang do and donts dalam bidang mereka.

Banyak perkara yang kalau kita buat dahulu kita rasa macam membazir, tak nampak apa faedah untuk diri kita,tetapi Allah dah tentukan perjalanan kita.

Sekarang ini kalau dapat business card dari prospek ada banyak perkara yang Kak Long boleh jadikan topik perbualan.

Jumpa high end prospek tak ada la POYO sangat asyik tanya soalan yang tak mencabar minda.
Di situ pun dah boleh make or break the relationship.

Apa sahaja yang kita alami sekarang atau apa sahaja pekerjaan kita sekarang ,berjanjilah yang kita akan buat yang terbaik.

Nikmat dan ganjarannya kebanyakkan Allah akan rahsiakan dan terbuka satu persatu rahsia itu, menjadi satu susunan yang cantik buat kita.

Bila mana kita dah bersedia.Cantiknya aturan Allah.Subhanallah.

.
Kak Long dah start bebel😆

cerita kak long

Cerita Kakak.

My daughter tengah tunggu result SPM, sebelum ini kak long ada cakap cubalah jadi agen produk yang dia minat.

Belajar serba sedikit seni menjual dan cari pengalaman.

Setakat ini dia dah generate dalam RM 200.00 net income, promote coffee scrub dia buat sendiri dalam sebulan.

Dia reply “Mama,InsyaAllah setakat ni kakak promote apa pun kawan kawan akan beli dan support kakak.Mama yang ajar skill tu pada kakak kan.
Please lah Mama,kakak tak nak jadi agen, kakak nak jadi BOSS.
Kalau kakak nak jadi agen pun kakak akan cari syarikat yang bagi kakak jadi OWN BOSS.”

Dalam hati kak long “pandainya lah budak kecik ni,anak sapo lah ni”.😆😆😆.

.
Kak Long
Mama to CEO wannabe.

Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG -Q11
ADA SSM TETAPI SYARIKAT TERSEBUT MASIH MENIPU
188/1000

Ini merujuk kepada pihak yang menawarkan dan kita yang akan menerima tawaran tersebut.

Terutama jika tawaran tersebut dari pihak kerajaan seperti geran atau pinjaman

Bantuan dan kemudahan dari kerajaan semuanya percuma sahaja.

Tiada bayaran yang di kenakan.

Tiada processing fees.

Ramai pihak orang tengah yang mengambil kesempatan

Senang sahaja indicatornya.

Permohonan pinjaman atau sebarang geran yang di tawarkan memang tiada wang pendahuluan yang di kenakan.

Jika awal-awal pun mengenakan bayaran maknanya ada yang tidak kena di situ.

Jauhi dan elakkan dan boleh buat aduan kepada pihak yang berkuasa.

:
Kak long.

Tanya Kak Long

TANYA KAK LONG-Q4

PERSONAL BRANDING-part 1
173/1000

Tajuk ini memang WIN.

Kak long suka nak menghuraikan panjang lebar lagi nanti tetapi untuk memenuhi janji kak long dengan Nana yang cantik dan sweet like a candy Nasriah Asma’ Abdul Rahman untuk menjawab soalan ini malam ini.

Jadi kak long jawab secara ringkas(jangan percaya kak long punya ringkas ni dalam 4ribu patah perkataan)

SOAL:
Kak long….ramai yg masih tak berapa jelas tentang Personal Branding…including me…huhu
———————————————
Jawapan Kak Long.

PERSONAL BRANDING

1)Nama pun personal.Maknanya diri kita.
Apa yang orang lain fikir dan cakap tentang diri kita.Bila orang sebut nama kita apa yang mereka akan bualkan.

2)Macamana kita tonjolkan diri kita pada umum.

Contoh bila kita sebut nama

1.P.Ramlee apa yang kita akan cakap dalam beberapa patah perkataan.

2.Bila kita sebut nama Siti Nurhaliza apa yang kita bayangkan.

3.Anuar Zain?

4.Allahyarham Dato’Dr Haron Din?

5.Jack Ma?

Sekadar beberapa contoh nama besar.

6.Irfan Khairi?

7.Nike?

8.Air Asia?

9.I phone?

10.Tabung Haji?

11.PNB?

Macam itulah bila orang lain nampak nama kita ,sebut nama kita tengok FB kita apa tanggapan mereka.

Bila mereka berbual bual dengan sahabat mereka apa perkara yang mereka akan perkatakan.

Perkara baik?

Perkara buruk?

Macam itulah POWER OF PERSONAL BRANDING ni.

Tengok nama pun orang dah SUKA atau MENYAMPAH.

Setakat ini dulu point kak long sebab sila hadamkan dulu sebab banyak sangat area yang akan di sentuh.

Bersambung.

Kak Long