Siapa Kak Long

Memulakan langkah pertama dalam bidang jualan sekitar tahun 1996 selepas tamat belajar di Insitut Perdagangan Mara Kuala Lumpur dalam bidang Accounting.

Pekerjaan pertama adalah di Cement Industries di Negeri Sembilan dan dalam bidang account.Inilah satu satunya pekerjaan bahagian admin yang kak long pernah buat.

Selepas itu kesemua pekerjaan kak long adalah berkaitan dengan bidang jualan dan pemasaran sehinggalah sekarang.

Pernah bekerja di TV3 ,Mega TV ,Highland Hotel,beberapa buah syarikat Event Management,syarikat pelancongan,syarikat hartanah dan banking and financial industries.

Kak Long juga mempunyai lesen dalam bidang unit trust dan juga takaful.

Setelah begitu lama berkecimpung dalam bidang jualan sekitar tahun 2006 kak long telah menubuhkan syarikat SALES CONSULTING sendiri dan bergerak sebagai penasihat di bahagian jualan dalam beberapa syarikat di dalam negara dan juga luar negara yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Sehinggalah sekarang masih meneruskan pekerjaan dalam bidang CONSULTING .

Menulis di FB dan Blog adalah perkara dan keseronokan terbaru yang di temui atas niat ingin berkongsi cerita dengan semua.

Maka terciptalah blog “CERITA ¬†KAK LONG”.

Semoga terhibur dengan cerita kak long.

Kak Long.

Shah Alam Feb 2017

Advertisements