cerita pengajaran kak long

Hidup jangan bermata lalat.

Maksudnya…

Bila kita nak attack kawan kawan kita yang mungkin kita nampak tak berapa nak syariah compliance dari segi perbuatan atau penulisan di dalam FB.

Kak Long cadangkan macam ni..

Sebelum jari kita ni rasa nak tulis perkataan yang akan buat kawan kita tu SENTAP luangkan masa kita scroll scroll 20 ke 30 posting dulu.Kita baca dan kita dapatkan gambaran keseluruhan dan baru kita buat kesimpulan.

Samaada kawan fb kira tu terlampau MAT SALLEH style atau ada juga kebaikannya menulis sesuatu POSTING walaupun tak semua setiap kali posting tu ISLAMIC.

Posting kawan kita tu mungkin 10 kali posting baru 8 posting gaya MAT SALLEH yang 2 posting lagi berunsur islamic.

Ini tidak…..kita pula sound kawan kita cara nak buat posting ikut selera kita.

Islamic ke kita kalau kita buat macam tu.

Gaya seorang leader adalah gaya seorang KING yang tidak cepat menghukum.

Leader juga mempunyai mata helang yang melihat keseluruhan dengan gambaran yang besar.

Semoga di jauhkan kita dari bermata lalat.Asyik nampak keburukan.Baru baca satu posting dah nak sound.Sound kawan kita tu pulak dalam komen.Kan tak manis.

Kalau kita beradab dan bertamadun tinggi kita boleh sound kawan kita tu dengan menekan button pm.
PM tu stands for private message bukan untuk PRIME MINISTER.Jangan risau kalau kita guna button tu bukan Dato Seri Najib yang dapat mesej tu.

Itu antara fungsi best sangat pasal pm button.

Boleh kan pm pm pm .

Kak Long.

Advertisements