sales tips

Syariah Compliance dalam berniaga.

TESTIMONI
———————
Bila kita berniaga produk kecantikan .
Sila pastikan kulit kita cantik macam AdiraSuhaimi.
Muka kita letak make up sikit.
Kulit bersinar sinar.
No pimples.

Bila kita jual ubat kurus ,kita kata yang produk ni boleh kurangkan sekilo sehari,kita pun mesti bertambah kurus dari dulu semasa kita bam bam.
Jangan dalam realiti kita sebenarnya naik sekilo sehari.

Jika kita kata jual vitamin,sila pastikan kita tak termengah mengah naik tangga,baru suruh lari 10 meter dah pengsan.

Jika kita jual perfume, sila pastikan bau badan kita menyenangkan dan haruman badan kita menyenangkan.

Kalau kita jual tudung, sila pastikan kita tukar tudung tu sehari sekali dan ada bermacam macam warna dan juga jenis kain.

Bila kita jual ubat nak kuruskan perut roi roi roi kita mesti pastikan tak ada bonjolan 2 packs.

Jika kita buat business make up make up sila pastikan muka kita pun anda warna warna sikit,foundation tu pakai.

Bila kita “walk the talk” barulah pendapatan kita berkat,mudah berkembang maju dan di hormati semua orang.

Baru lah kawan kawan kita tak teragak agak nak pm pm pm pm pm pm kita nak order.

Ini sebaliknya ,kawan kawan kita semua endah tak endah bila kita promote, sebab kita tak menepati ciri ciri yang kita katakan pada mereka.

Kita bagi testimoni palsu.
Tak syariah compliance.

Ok jom la kita berhenti menyeksa minda kawan kita dan pilihlah bidang perniagaan yang kita boleh “walk the talk”.

Kak Long.

Advertisements