sales tips

Syariah compliant
Harga Ahli VS Harga Retail
——————————————–
Jika kita pembeli atau pengguna.

Bila kita nak membeli sesuatu barang atau perkhidmatan tu memang kita mesti nak yang best best jer.
Nak harga ahli.
Nak harga ahli plus diskaun lagi.
Nak free free lagi apa yang boleh free.
Buy 1 free 4 semua kita minta.
Sampai botak togel dah kawan kita tu.

Jika kita dah order dengan kawan kawan kita ,niat je nak tolong kawan tu.
Elakkan kita minta harga ahli.

Nanti kawan kita atau yang menjual tu rasa serba salah pula nak tunaikan permintaan kita.
Kalau beri harga ahli nanti tak balik modal.
Kalau tak bagi nanti kawan tak nak beli pula.

Kita tak payah la berkira sangat.
Lagipun harga retail tu bukan sampai 50%pun.

Kalau kita buat “costing”harga retail tu pun tak balik modal.
Duit minyak
Tol
Parking
Tenaga
Masa

Kita tanamkan niat nak tolong kawan kawan atau usahawan bumiputera.

Lain lah kalau kawan kita tu buat skim cepat kaya.
Bila kita berniaga cara retail ni boleh di katakan semua pun lambat kaya atau perlahan lahan kaya.

Bila barangan retail ni memang akan best la buat tetapi kalau volume besar ,tapi memang akan ambil masa.

Masa ni kalau kita tengok kawan kita dah berkembang maju barulah boleh minta minta manja sikit nak diskaun.

First time kalau kita jumpa kawan atau penjual kita belilah dan bayar harga retail tu.
Walaupun masa first kita jumpa tu pun kita dah sign up nak jadi ahli.

Kalau kita pula second time nak beli ,kan kita dah jadi ahli kan,baru layak dapat harga ahli.

Lagipun ni dah best dah, sebab kita pun tak payah jumpa kawan tu dah lagi.
Kita dah boleh order sendiri .

Dalam berniaga ni bukan semua sebab harga yang buat kita maju.

Semuanya sebab ATTITUDE.

Kak Long .

Advertisements