sales tips

Syariah Compliance.

TIADA AGENDA MEETING.

Dulu masa kak long jadi advisor pada satu syarikat Canada ni big boss dia baru umur dalam 28tahun.
Ini 5 tahun lepas.

Setiap kali kak long join meeting diorang, agenda meeting di Malaysia dan Singapore dan Canada semua dah siap sehari awal.
Conference Meeting di HQ KL.

Semua yang akan hadir semua tahu apa nak expect masa meeting.Dah siap agenda.Dan semua kena comply.

List 1——10
Perkembangan last discussion.
Isu yang nak di bincangkan.
Apa penyelasaian yang dah di buat.
Estimate time untuk meeting.
Next meeting expected result.

Jadi bila masuk meeting semua dah prepare info dan solution dan juga dah boleh tau bila akan habis meeting dan boleh plan pula meeting lain atau appointment lain.

Kan bagus cara tu ,tak membuang masa dan optimizekan masa kita.

Begitu juga kalau kita nak jumpa kawan kita.

Sila awal awal bagitau kita nak jumpa kawan kita tu sebab apa,nak jual produk ke,nak pinjam duit ke,nak bayar hutang ke,nak belanja makan ke dan juga bila rasanya akan habis waktu kita nak berborak tu.

Boleh la kawan kita tu plan perkara lain awal awal.
Jadi both parties akan happy.
Tak rasa di pergunakan.
Lebih selesa.
Masa tu kan priceless.

Jangan la guna ayat “ala jom la jumpa ada la projek sikit ,aku belanja kau makan,sekejap je,bukan lama pun”

End up 5 minit lagi nak 3 jam kita berborak borak tak ada tujuan.
Kita jangan membuang masa kawan kita tu.

Kalau kita berterus terang lagi syariah compliance kan.

Barulah diri kita bertambah maju.
That is why kak long rasa Canada company tu CEO dia umur 28 tahun tapi mature sangat minda dia.
Ethic terbaik dan sangat kompetitif dan juga produktif.

Ada juga syarikat Msia yang macam ni tapi 1 dalam 10 juta la.Biasa dalam meeting kita boleh sampai lelap dalam meeting tu,perkara berbangkit asyik tak settle dah 3 tahun asyik KIV KIV KIV .
Department semua saling salah menyalahkan.
Bukan nak take responsibility pun.

Dah kita ubah sikap kita mulai hari ni.
Kita jadi lebih baik.
Kita jadi lebih produktif.
Kita jadi lebih bertamadun.
Kita jadi lebih menghormati masa.
Kita jadi lebih mengambil berat perasaan kawan kita.

Kak Long

Advertisements