sales tips

Packaging Product Is Not Shariah Compliant

 

Kak Long ni mentimun, budak kecil, jadi kak long share di sini sahaja pendapat kak long.
Nanti kalau kak long email atau bagi feedback secara official pun berpotensi untuk masuk dalam trash.
Anyway kak long akan emailkan juga my opinion.

Kak Long nak tulis berkenaan packaging product.Bila kita buat design packaging untuk produk kita ada yang terlepas pandang.

Produk semua dah bagus

Founder dah bagus

Agent dah bagus

Management dah bagus

Operation team dah bagus

RND dah bagus

Testimoni dah bagus

Bila sampai bab packaging tu mata blink blink sebab model seksi ke bintang kejora.

Kalau boleh kita audit di setiap sudut.

Minda yang masih kuat mengatakan letak gambar perempuan seksi tu akan lakukan produk dah tak boleh guna zaman sekarang ni.

Kalau betul produk kita bagus letak gambar daun,pokok petai, gunung, kucing, kelapa sawit pun orang akan beli.

Kenapa masih kita yang islam dan muslim nak mengeksploitasi.

Kita ikut syariah dan garis panduan islam.

Baru berkat apa yang kita usahakan.

Mencari keberkatan dan redha Allah tu yang lebih di utamakan.

.
Kak Long

Advertisements