cerita kewangan

CERITA KAK LONG 2

Life is a puzzle.

Dahulu Kak Long bekerja dengan syarikat event & training management sekitar tahun 2003.

Antara portfolio kak long ialah buat invitation kepada senior management untuk jadi special guest dalam event yang akan di buat.

Senior-senior ini datang dari pelbagai bidang,pelbagai industri serta pelbagai portfolio.

Contoh kalau kak long dapat bercakap dengan Senior Director Risk Management dalam MAS Berhad jadi kak long akan interview dan tanya mereka banyak perkara.
Semua tentang do and donts dalam bidang mereka.

Banyak perkara yang kalau kita buat dahulu kita rasa macam membazir, tak nampak apa faedah untuk diri kita,tetapi Allah dah tentukan perjalanan kita.

Sekarang ini kalau dapat business card dari prospek ada banyak perkara yang Kak Long boleh jadikan topik perbualan.

Jumpa high end prospek tak ada la POYO sangat asyik tanya soalan yang tak mencabar minda.
Di situ pun dah boleh make or break the relationship.

Apa sahaja yang kita alami sekarang atau apa sahaja pekerjaan kita sekarang ,berjanjilah yang kita akan buat yang terbaik.

Nikmat dan ganjarannya kebanyakkan Allah akan rahsiakan dan terbuka satu persatu rahsia itu, menjadi satu susunan yang cantik buat kita.

Bila mana kita dah bersedia.Cantiknya aturan Allah.Subhanallah.

.
Kak Long dah start bebel

Advertisements