cerita kak long

ORANG KAYA 1

Dari dulu sampai lah sekarang kak long sangat suka membaca ceritainspirasi inspirasi kisah kejayaan orang lain.

Dan bila dah baca tu kak long selalu bayangkan kalau kak long kaya raya macam mereka tu apa yang kak long akan buat dengan duit tu.

Untuk kita of course yes ,ini yang melibatkan untuk kebaikan orang lain.

Contoh….

mesti senangkan kaum keluarga macam parents, adik beradik,saudara mara yang ada

kalau kita masuk kedai makan bayarkan untuk semua orang dalam tu.

Taja macam macam perbelanjaan golongan yang kurang berkemampuan.

Buat masjid,surau,library,bus stand,etc

Kalau minum latte i will pay for everyone.

Sponsor yang menuntut ilmu

Sponsor banyak banyak rumah anak yatim,ibu tunggal.

Buat rumah orang tua tua untuk beribadah macam 6 star hotel.

Amboi berjela list kak long.Punyalah best berangan rangan.

Suprisingly baru sekarang kak long tahu yang niat kita macam tu hasrat murni tu Allah dah berikan kita pahala walaupun tak menjadi realiti lagi.

Ya Allah teruja betul !

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar.

Terharu dan syahdu sangat.😔

Semoga Allah memelihara hati kita seikhlas dan sepemurah yang kita bayangkan semasa kita ala ala senang ni sampailah kalau ada rezeki kita kaya raya berair semoga niat tu kita tunaikan.

Sekarang kita masih memberi tapi tak lah banyak mana pun kita boleh sumbangkan.

Bolehlah kita memberi juga.

Jadi jomlah kita berniat nak buat apa dengan duit kita kalau kita ada lebih dari keperluan kita.

Mungkin kita tak pernah terfikir pun sebelum ini.

Semoga kita di jauhkan oleh sikap nak bagi warning pada orang yang meminta minta.

Semoga kita lebih tawadduk dan syukur selalu.

.
Kak long

Advertisements