cerita kak long

PATUT KE TAK PATUT.
239/1000

Hari tu ada kawan Kak Long dalam industri training berkongsi cerita.

Dia minum di sebuah cafe ,lepas tu ada orang tegur dia sebab orang tu perasan muka dia dalam fb.

Orang tu minta izin duduk semeja sambil nak tanya beberapa soalan nak berborak borak lah kan.Tanya banyak sangat soalan ibarat menganggu kawan kak long pula.Tapi kawan kak long ni layan juga lah kan.

Yang kawan kak long tu tengah tunggu client dia yang delay kan appointment sebab jalan jam sangat.

Borak borak kongsi ilmu dan macam macam lagi Q & A dari orang yang dia baru jumpa tu ..tak sedar dah 3 jam masa berlalu.

Dan dua dua pun nak gerak dah dari cafe tu.

Kawan kak long tu minum air secawan je makan pun memang tak.

Sebab itu prinsip dia kalau ada appointment di luar memang dia tak akan makan.
Takut mengantuk.

Jadi soalannya nya di sini,apa pendapat korang semua, patut tak yang orang yang tegur kawan kak long tu ,yang berborak lebih 3 jam tu belanja kawan kak long ni.?

Patut atau tak patut.

Boleh bagi komen ikhlas.

:
Kak Long

Advertisements