sales tips

MENANGI HATI CUSTOMER
96/1000

Kak Long nak kongsikan cara kita handle customer yang suka minta minta diskaun ni.

Kita layan mereka.Jangan cakap NO.

Tetapi kita buat WIN WIN situation.

Contoh…

Kita nak habiskan stok ,offer dua helai baju RM 90.00.

Ini harga memang tak untung pun kita cuma nak balik modal je.

Dan kita minta customer bayar duit postage RM 10.00

Tapi customer tu pula minta kita pula free postage..(siapa lah customer ni)

Takkan kita kata “tak boleh”nanti tak jadi order pula kan.

Penyelesaiannya kita buat macam ini.

Kita beritahu customer awal awal yang ini kita hanya nak letgo dan habiskan stok sahaja.

Kemudian beritahu yang kalau dia lain kali order dengan kita barang yang lain atau next order baru kita bagi free postage tu.

Bila kita pos kan barang tu sertakan sekali SMALL NOTES

Nak tulis apa dalam tu pula.Boleh tulis macam ni..

Salam CikPuan yang bertuah(sebab minta diskaun)hihi

Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membeli barangan ini dengan saya.Saya jual.

Saya terkilan kerana tak dapat memberikan postage free kepada cikpuan untuk order kali ini .

Tapi sebagai penghargaan saya kepada cikpuan saya sertakan di sini nota saya sebagai tanda yang cikpuan akan menikmati postage free untuk order yang seterusnya.

Bila cikpuan nak buat next order hanya snap sahaja nota ini dan automatik postage cikpuan akan FREE.

Terima kasih kerana menjadi pelanggan saya yang amat memahami dan menyokong perniagaan saya.

Sekian dari saya,
Puan Haryati Abdullah-contoh

————————–

Kita rasa kan kalau customer kita dapat personal nota macam ni mereka rasa best tak.

Untuk next order rasanya dia akan order lagi tak dengan kita.

Begitulah cerita power of small notes ni.
Boleh lah di amalkan oleh sesiapa sahaja yang mengalami situasi ini.
Yang tak alami pun silalah buat juga.Sebab ini akan WIN customer’s heart.

Kak Long

Advertisements