cerita kak long

Cerita Pagi Tadi

FOKUS FOKUS FOKUS

Harini Kak Long settlekan hal baby -my youngest daughter belikan buku buku sekolah.

Lepas dah settle Kak Long berbual sekejap dengan akak guard yang peramah dan baik hati tu.

Lepas tu dengar bising bising,ada seorang mak ni marah-marahkan anak dia.

Rupa rupanya mak dan anak tu tersilap datang kat Sek Rendah tu.

Anak dia tahun depan sebenarnya dah Form 1.

Tapi dah terbiasa datang kat situ 6 tahun dah kut.

Masih pergi koperasi sekolah rendah diaorang ni membawa hajat nak beli buku sekolah menengah form 1.

Memang la tak wujud buku tu kan.

Yang anak tu pula muka selamba je,blur mungkin sebab kena bangun pagi kut.

Ke kak long suspek anak dia nak PRANK kan mak dia..hihi

Kata Kunci…
Sila Fokus Fokus Fokus di mana sahaja anda berada.

Amaran.
Sila ingat umur anak kita.

Kak Long

Advertisements