cerita kak long

Cerita peniaga makan yang SYAHID

Kebanyakkan peniaga makanan memilih untuk terlibat dalam jualan makanan dan minuman fefeeling perniagaan itu mudah.Mereka beranggapan buka gerai atau restaurant hidangkan lauk pauk terutama nasi campur dan makanan bergoreng orang akan datang dengan sendiri tak payah nak buat promosi .

Sebab anggapan mereka

+setiap orang perlu makan dan minum setiap hari
+tak payah susah susah nak buat appointment ke atau nak bertanya banyak soalan mereka yang datang akan terus order je.
+diorang akan datang dengan sendiri membeli
+makan dan minum ni dah masuk budget mereka hari-hari so tunggu je kat kedai untuk diorang datang makan.

Ya betul!!! Kak Long setuju sangat.Best kan bisnes makanan ni.

Tapi berapa ramai pula peniaga ni yang mengamalkan …

+muka ketat
+muka petak
+muka empat segi tepat
+muka empat segi sama
+muka lonjong
+muncung boleh ikat riben
+muncung boleh gantung kuali dan belanga
+tersimpan suara
+terlupa cakap terima kasih
+terlupa cakap sila datang lagi
+bagi baki tak tengok kita
+bagi baki sambil lewa sambil bercakap di telefon

Setakat ini kak Long dah kira dah setakat ni 15 kedai makan yang dah mati SYAHID sebab amalkan point point kat atas tu.
Sekali tu je lah kak Long pergi makan and a BIG NO for a second time.

Korang pun mesti serik kalau jumpa peniaga macam tu kan..

Gantunglah ayat seribu dinar penuh satu kedai pun lepas tu amalkan pelaris perniagaan sekali pun tapi tak guna original pelaris memang la JIUN bisnes makan tu.

Advertisements