motivasi

Kenapa berlian mahal.

Meh la kaklong nak share sikit fakta tentang BERLIAN.Bila kita tengok berlian tu syokkkkk jer cantik betul bersinar sinar, berkilau kilau, berkelip kelip.

Harganya pulak emmm memang MAMPU TENGOK je lah.Memang berlian ni menjadi idaman kalbu.Itu yang zahir kita nampak kan.
Tapi tak ramai yang tahu kisah hidup berlian ni.
Jom la kita berkenalan sikit dengan sejarah berlian ni macamana sampai jadi begitu ISTIMEWA.

Suhu yang di perlukan untuk nak jadikan berlian tersangatlah panas iaitu sekitar lebih daripada 1000 darjah celsius.Kalau suam suam kuku tak jadi berlian ye.Jadi air suam jawabnya.

Tekanan yang sangat tinggi ,panjang, lama dan berterusan.

Waktu pembentukan berlian sangat lama dan panjang mencecah jutaan tahun.

Kedalaman yang sangat dalam lebih kurang 150km ke 200km ke dalam perut bumi.

Mengambil masa sekitar 5 jam untuk sampai ke permukaan bumi bila berlakunya letusan gunung berapi.

SUSAH bukan?Proses yang panjang dan lama.

Nak dapatkan berlian bukan perkara MUDAH banyak rintangan dan halangan dan KENA melalui proses yang pelbagai.

Cuba kita samakan BERLIAN dengan proses kehidupan kita.

Reflek diri kita segala apa yang Allah bagi cabaran dugaan dan segala ujian dalam hidup ini yang tak pernah surut sebab Allah nak jadikan kita berharga dan bernilai seperti BERLIAN.

Cuba tengok Rasullullah saw kehidupan Baginda dan para sahabat.Tengok apa yang Allah swt janjikan atas segala kepayahan dan kesusahan yang baginda lalui.
Bestkan REWARD baginda dan para sahabat.

Jangan jadikan diri kita seumpama BATU yang bersepah sepah merata rata yang kita jumpa dan kita pijak setiap hari.

Boleh la share cerita kak long ni bagi semangat pula pada orang lain.

Tq sebab sudi baca dan share.

No automatic alt text available.
Advertisements