goal

Goal Setting 15

Goal Setting —Case Study 1

Kak Long sertakan contoh bagaimana kita nak buat goal setting yang BERKESAN dan di jamin InsyaAllah kita boleh ACHIEVE.

Contoh Goal Nak Slim lagi.

1.Nak kuruskan badan (ini adalah goal 14 juta rakyat Malaysia)Kak Long berkecuali tau..hihihi

Jika kita cuma tulis NAK KURUSKAN BADAN ia adalah goal yang terlalu umum ,tidak spesifik dan banyak lagi lompong lompong yang boleh di perbaiki dalam goal ini.

Cara baru untuk kita tulis NAK KURUSKAN BADAN..boleh buat seperti di bawah.

Kita MESTI masukkan lagi beberapa elemen.

1.Tetapkan berapa kilo kita nak kurangkan

2.Apa ganjaran bila kita berjaya kurangkan

3.Masukan timeline bila kita patut capai

4.Masukan plan macamana kita nak capai goal ini.

5.Tulis goal ini setiap hari dan sebut setiap hari.

6.Masukkan semua elemen keyakinan dalam goal kita.
See
Feel
Believe

Jadi kita boleh tulis goal kita seperti ini.

Kurangkan berat badan sebanyak —–24 kg. Time line menjelang —-June 2017.
Ada masa —-6 bulan.
Sebulan—-turun sebanyak 4 kilo.
Seminggu —-1kilo.
Plan harian—-makan nasi putih segenggam sahaja,bersenam 30minit dan minum banyak air putih.
Ganjaran bila dah capai—-hadiahkan diri 2 pasang baju yang baru worth RM600.

Tulis setiap hari bayangkan kita memang dah kurus.

Boleh beli baju sekarang juga size idaman kita letak dalam almari.

Tulis goal kita setiap hari tanpa jemu.
Ulang ulang tulis.TULIS TULIS TULIS.

Bercakap semua yang positif positif dengan diri kita.

Boleh kita tampal dan gunting gambar supermodal sebagai semangat kita.

Ini adalah contoh goal kita yang lebih tersusun dan lebih jelas.

Semoga kita lebih bermotivasi dan tahun 2017 lebih bermakna buat kita.

Chaiiiiyooookkkkk.

Kak Long

Advertisements